ADA APA DEKAT MALAYA GRILL TU?

 Assᴀʟᴀᴍᴜᴀʟᴀɪᴋᴜᴍ, Sᴀʟᴀᴍ ᴊᴜᴍᴀᴀᴛ sᴇᴍᴜᴀ!

Setiap hari jumaat Kak Syima dan Chef Khairol akan memulakan hari jumaat kami dengan berkumpul  bersama team Malaya Grill.

Apa aktiviti Kak Syima dan chef khairol bersama team Malaya Grill?🤔

Setiap hari team Malaya grill akan berkumpul dan mengamalkan baca Asmaul Husna di restoran tapi pada hari jumaat penghulu segala hari kami akan berkumpul di surau di Malaya Grill(Tingkat 3)

(Menyebut Asmaul Husna bermanfaat bagi (urusan) dunia, agama, dan akhirat, dan zikirnya dinamakan kumpulan kebaikan-kebaikan, kunci-kunci keberkahan, dan singkapan kejelasan.)


Selepas habis je bacaan Asmaul Husna team kami akan mendengar tazkirah daripada ustaz Hosni.
Mesti korang nak tahu kan ustaz tengah cakap pasal apa tu?

Kalau untuk harini, ustaz cerita tentang "Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah Rahmat".

Banyak sangat ilmu yang beliau kongsi yang boleh diambil pengajaran dan jadikan amalan harian. 
 
BUKAN TU JE TAUUUU~
Puan Syima dan Chef Khairol akan bagi reward dekat team Malaya Grill yang mempunyai prestasi yang terbaik setiap 3 bulan. Wahhhhhhhh best kann join team Malaya?🙀

(bahagian management)

(bahagian kitchen)

(bahagian operation)

Okay it's time to eat!!🤤


Semua makanan ni team bawak sendiri dari rumah tauu, pot luck gituuuu😋

Kat Malaya Grill Kita memang mengamalkan makan bertalam sebab makan berkongsi ialah sunnah Rasulullah SAW kannnnn?
Seronokkkk makan bertalam macam ni🥰😍memang betul dapat mengeratkan silaturahim.

Tengok tu nampak meriah betul 4 orang share 1 talam😇

Sambil2 makan tu, sebab harini special sikit kannn, so kita sambut birthday team Malaya Grill yang sambut bulan January hingga March. Yang lain tu jangan risauuuuu, tunggu next month okayy?

MG Lovers pun boleh dapat menu "The King Of Lamb" secara percuma time birthday korang tauuuu!
So apa tunggu lagi jommm join Team MG Lovers😍!!!

Kak Syima doakan semua semoga dimurahkan rezeki, diberikan rahmat oleh Allah SWT dan Mendapat syafaat Rasullah SAW di akhirat kelak, Amin🤲🏻




















Ulasan

Catatan Popular