JOM MAKAN SAMBIL DAPAT PAHALA


TREND LAGI KE MAKAN DALAM TALAM?


"Amalan makan berjemaah dalam satu talam yang dikongsi antara empat hingga lima orang seperti sunnah Rasulullah SAW, semakin dilupakan walaupun ia dijanjikan ganjaran pahala berlipat ganda."

         Korang nak makan ikut trend ke nak makan ikut sunnah? kalau makan ikut trend korang dapat update dekat social media, kalau ikut sunnah dapat pahala berganda weiii~

         Aipppp! makan dalam talam still trend okay guysss. Trend yang boleh beri korang pahala, yelaa bila trend mesti korang update kat instagram or facebook kan kann? "post story duluuu~" guys automatik korang berdakwah dan mengajak orang ramai untuk makan secara sunnah tau. Senangnya dapat pahala free. Dapat makan sedap, pahala pun dapat, Seronoknyaaaa!

       Nak makan apa dalam talam ni? Boleh makan makanan orang arab je ke? Mesti ramai tertanya kan? DON'T WORRY! Makan dalam talam ni tak kisah awak makan apa pun, tujuan kita makan dalam talam ni untuk mengeratkan silaturrahim.


       Maii sini saya bagi dua idea untuk makan dalam talam yang sedap dan menarik untuk dihidangkan untuk seisi keluarga ataupun tetamu. 

Pertama, western food sangat menarik untuk dihidangkan di dalam talam kerana boleh divariasikan dengan french fries, chicken grill, lamb grill, spegetti carbonara dan pelbagai lagi western food kegemaran awak. 

Kedua, Nasi Arab MALAYA yang dihidangkan dengan Kambing Grll, Shanky Lamb, Grilled Salmon dan Chicken Grilled. Wahh! meriah kak ton.

       Orang yang masak pun happy tengok talam meriah dengan makanan sedap, ni pulak orang yang nak makan uishh berganda-ganda happy tu tauuu! 

OKAY JOM MAKANNN! TAK SABAR DAH NI JOM JOM JOM

"Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu". #makanberkongsi #hidupkansunnah

Quote of the day

Admin: Sofea Mohd





Ulasan

Catatan Popular