KENAPA RAMAI SANGAT DATANG MALAYA GRILL ??

MALAYA GRILL JOURNEY
"Always put the best foot forward"

Kenapa ekk ramai sangat orang makan dekat Malaya Grill ni? ๐Ÿค” ni baru je bukak kan haritu?
Yesssss! ni la yang Fei nak bagitahu korang ni, Jatuh bangun MALAYA GRILL, hidup MALAYA! cewahhhh
Okey jom kita kenal dulu siapa owner Malaya Grill, 
Kalau korang nak tahu ni la Abang Chef kita, Chef Khairol. Chef khairol ni dulu chef dekat TLDM tau, masak untuk abang-abang askar๐Ÿ’‚๐Ÿป‍♀️, lepas bersara Chef Khairol mula menceburkan diri dalam bidang katering bersama isteri tercinta Puan Syima, Puan Syima ni pulak dulu adalah seorang guru tadika๐Ÿง•๐Ÿป. Chef Khairol dan Puan Syima menjalankan perniagaan katering Al-Amin dan pengurusan acara pada tahun 2013.

Chef Khairol & Puan Syima

Mesti korang tertanya-tanya awat laa Abang Chef kita ni bergambar dengan kambing golek tu cheqqq?

Sebenarnya katering Al-Amin ada ambil tempahan untuk kambing golek guyss!!! Dari ke majlis aqiqah sampai ke majlis kahwin, korang boleh tempah kambing golek tauuu!

Baru la meriah majlis kita kalau ada kambing golek kan?
Betul ke betul sangat? Hahahaha....

Dah 2 tahun lebih Abang Chef dan Puan Syima menjalankan perniagaan katering ni, makin lama makin banyak permintaan.

Alhamdulillah rezeki datang daripada Allah๐Ÿ˜‡ 
So, pada tahu 2015 mereka pun terfikir la untuk membuat jenama sendiri iaitu MALAYA GRILL!!
Kafe pertama Malaya Grill dibuka di Medan selera Bandar Baru Sungai Buloh. Abang Chef nak bagi kita semua rasa dan nikmati resipi yang Abang Chef cipta sendiri.

Antara menu utama di kafe Malaya grill tentulah "The King Of Lamb" dan juga Fusion Nasi Arab bercitarasa melayu.

Unik kan?? Jarang tau jumpa Nasi Arab yang rempahnya tak terlalu over. 
So, bagi korang yang tak berapa gemar bau rempah yang terlalu, Fusion Nasi Arab di Malaya Grill pasti pilihan terbaik buat korang.

Nasi Arab Malaya - Nasi Arab Ayam (4 pax)

Abang Chef dan Puan Syima tak stop dekat situ je tau, banyak sangat sambutan dan customer memberi kepercayaan kepada Malaya Grill, mereka meluaskan sanyap dengan menubuhkan Malaya Empire Sdn Bhd pada tahun 2017. Pada tahun 2018 Restoran Malaya grill ditubuhkan di Pusat Komersial TSB Sungai Buloh.

Walaupun 2020 ni tahun yang paling mencabar untuk semua peniaga sebab pendamik Covid-19 ๐Ÿ™๐Ÿป‍♀️๐Ÿงฌ๐Ÿงซ๐Ÿฆ , chef khairol, puan syima dan team Malaya tak pernah putus semangat berkerja keras untuk korang supaya korang boleh makan Nasi Arab Kambing kat sini.

Dengan berkat doa korang, tahun 2020 jugak Malaya Grill telah menubuhkan wisma 4 tingkat di TSB Sungai Buloh๐Ÿข. Bukan tu je, Malaya Grill jugak ada buka kilang MG Food Industries untuk memproses produk yang dikeluarkan oleh Malaya Grill seperti nasi arab MALAYA dan Kambing perap MALAYA. Korang jangan risau kalau tak boleh keluar rumah or memang takde masa nak keluar, dorang boleh buat delivery dengan MGdelivery tauu!!!
So amacam? korang ade inspirasi tak nak jadi macam abang chef dan puan syima? bermula dari bawah susah senang sama-sama dengan team Malaya and yang penting sekali tak pernah putus asa! Fightinggg!
Kalau korang teringin nak makan nasi arab jom la datang sini, fei janji korang takkan menyesal sebab Malaya Grill memang TIP TOP!๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Admin: Sofea Mohd






Ulasan

Catatan Popular