KHASIAT SALMON YANG RAMAI TAK TAHU

 SALMON NI IKAN ISI OREN TU KE?😶

FunFact:

korang tahu tak salmon merupakan sumber omega-3 yang baik. Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar.

1. SUMBER PROTEIN YANG BAIK

salmon merupakan sumber protein yang berkualiti tinggi. Protein memainkan peranan penting dalam sistem badan termasuklah bagi proses tumbesaran, membaiki tisu dan otot yang cedera, mengekalkan kesihatan tulang serta terlibat dalam proses biokimia di dalam dan luar sel.

Bagi mencapai tahap kesihatan yang optima, setiap hidangan perlu mengandungi sekurang-kurangnya 20-30 grams protein yang berkualiti tinggi. Bagi 100 gram salmon, ia mengandungi 22-25 grams protein.

2. MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG

kerana kandungan omega-3nya yang tinggi, salmon dapat meningkatkan kandungan omega-3 dalam darah. Kebanyakan orang mempunyai kandungan omega-6 lebih banyak berbanding omega-3 dalam darah. Terlalu banyak omega-6 akan meningkatkan risiko penyakit jantung. pengambilan salmon juga dapat menurunkan paras trigliserida dan meningkatkan paras omega-3 lebih banyak daripada suplemen minyak ikan.

3. MENGAWAL BERAT BADAN

Pengambilan salmon dapat mengawal berat badan anda. Seperti sumber protein yang lain, ia akan mengatur hormon yang mengawal selera dan membuatkan anda rasa kenyang. salmon mempunyai kalori yang rendah. 100 gram salmon yang dipelihara mengandungi 206 kalori, manakala salmon yang liar mengandungi 182 kalori.

4. SUMBER POTASSIUM

Salmon mengandungi jumlah potassium yang tinggi. Apa yang lebih menarik lagi, jumlah potassium bagi salmon adalah lebih tinggi daripada pisang.100 gram salmon mengandungi 363 milligram potassium, manakala 100 grams pisang mengandungi 241 milligrams potassium. Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko stroke. 

5. MENGANDUNGI ANTIOKSIDAN ASTAXANTHIN

Astaxanthin merupakan karotenoid yang memberi salmon warnanya yang kemerah-merahan. Ia merupakan satu komponen yang mempunyai beberapa kesan baik kepada kesihatan. Astaxanthin bekerjasama dengan omega-3 untuk melindungi otak dan sistem saraf daripada keradangan. Astaxanthin membantu meningkatkan kesihatan kulit dan membuatkan anda kelihatan lebih muda.


Ikan salmon mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan. Pengambilan salmon sebanyak 2 sajian seminggu dapat mencapai keperluan nutrien anda serta mengurangkan risiko penyakit.

Ulasan

Catatan Popular