MALAYA GRILL JOURNEY

 

MALAYA GRILL JOURNEY






Assalamualaikum, Good morning!


بسم الله الرحمن الرحي


“Life is a journey. Let’s go!’’


2013- Kambing panggang malaya

 


Bukan senang nak senang :)

Sama lah macam kisah Chef Khairol dan Puan Syima. Pada awal penubuhan Malaya Empire Sdn. Bhd. Pada tahun 2013 pasangan suami isteri ini telah menjalankan pengurusan acara dan perniagaan katering yang diberi nama katering Al-Amin. Dengan izin Allah, sambutan yang diberikan oleh pelanggan amatlah memberangsangkan. Katering mereka diberikan kepercayaan penuh oleh pelanggan dan mereka lebih bermotivasi untuk melebarkan sayap.

               Untuk menjadi usahawan yang sentiasa ingin melebarkan sayap dengan lebih luas dan tidak mudah berputus asa jika ada kelemahan kita perlu ingat dua perkara:

1. Sentiasa bersyukur

2. Sabar dalam kehidupan seharian

2015-Penjenamaan Malaya Grill

Pada tahun 2015, Chef Khairol dan Puan Syima telah membuat penjenamaan sendiri yang digunakan sehingga sekarang iaitu ‘Malaya Grill’

2017- Penubuhan Malaya Empire Sdn. Bhd.

Atas sambutan dan kepercayaan kepada perniagaan ini, maka pada 31 Oktober 2017 telah diperbadankan kepada Malaya Empire Sdn Bhd.

2018- Restoran Malaya Grill

Pada 2018, pasangan ini telah berjaya membuka kafe Malaya Grill yang terletak di medan selera Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.  Hal ini memberi peluang yang lebih cerah kepada pasangan ini untuk memperkenalkan dengan lebih dekat tentang kemahiran mereka dalam menyediakan menu The King of the Lamb serta fusion nasi arab dengan citarasa melayu.

2020- Kilang MG Food Industries & Wisma Malaya Grill

Tahun 2020 merupakan satu batu loncatan yang besar buat Malaya Grill apabila pasangan ini dapat mendirikan sebuah Wisma 4 tingkat di Tropicana Sungai Buloh (TSB). Ini merupakan satu kejayaan yang besar seiring dengan perkembangan perniagaan melihat kepada pelanggan yang semakin ramai dan keluasan restoran yang dapat memberi lebih keselesaan kepada kesemua pelanggannya.

          Kini, produk ready to cook diperkenalkan selari dengan pembukaan kilang di Bandar Baru Sungai Buloh dimana produk ini diperkenalkan untuk merialisasikan permintaan pelanggan yang jauh untuk dtang ke restoran bagi menikmati keunikan rasa Set Nasi Arab Kambing iaitu Beras Nasi Arab dan Rempah dan Kambing Perap.

Ulasan

Catatan Popular