Menu menarik di Malaya Grill TSB

Menu Malaya Grill yang saya dah try!


“Never underestimate the power of good food. Eating delicious food can be a life-changing experience.”― Shon Mehta

Rise and shine!!!

Okay jom sambung...antara menu yang saya makan dengan family untuk 7 orang. 

                              

           Set talam 2 ni untuk 2-3 pax, ikut la kalau korang makan banyak sorang pun boleh habis kalau makanan sedap macam ni kan... tapi set talam 2 ni saya share dengan mak saya lagipun saya ni memang jenis makan tak habis. Harga set talam 2 ialah RM55.90 sahaja. Dalam talam ni mereka sediakan Nasi arab, Kambing grill 5-6 slice, Kuah kari, Sos blackpaper, dan Salatah (timun dan salad).

                 Next, Nasi Arab salmon paling sedap YaAllah nikmat ikan salmon memang besar tapak tangan wei! saya beli set salmon ni untuk single pack tapi portion untuk seorang pun banyak tauu, dalam pinggan tu ada Nasi arab, Grilled salmon, Kuah kari, Sos peri dan Salatah. Untuk sesiapa nak diet pun saya cadangkan ambil menu ni sebab memang berkhasiat, salmon di grill dengan rempah ratus dan memang cukup rasa. Harga untuk set salmon cuma RM25.90. 

Kambing Sell out (RM45.90) 1-2 pax
Kambing Sell out (RM45.90) 1-2 pax

            Jeng..jeng..jenggg kat Malaya Grill ada Kambing Sell Out! Menu kambing yang paling rare saya pernah jumpa dari mana-mana restaurant memang wajib order yang ni! Kambing pun lembut, tak liat langsung dan dihidangkan dengan sambal kicap special. Sambil menaip ni terliur teringat kat kambing sell out ni, next time kalau datang sini memang nak repeat order.

Grilled chicken Malaya Grill (RM18.90 sahaja)

    Mana geng tak makan kambing? rugi la korang ni, hehehe gurau. Maybe ade yang tak suka rasa dan bau kambing, sama la macam adik saya, dia memang tak makan kambing, naib baik la walaupun tag line  Malaya grill "The King Of Lamb" tapi still ada chicken and salmon. So dia order grilled chicken, saya minta rasa sikit dia punya grilled chicken, perghh rasa perapan rempah grilled chicken ni memang lain dan unik! ayam pulak digrill masak elok je, so tender and juicy! cicah pulak dengan sos blackpaper yummys! 

       Best la experience makan kat Malaya Grill, since pkp memang dah lama tak makan ramai-ramai dengan family, vibe tu lain macam tau, happy je maqan maqan~ Baru-baru ni saya scroll instagram Malaya Grill, mereka akan launch menu baru "Kambing Beratuq". Tak sabarnyaaaa... Nanti nak ajak kawan-kawan pula try menu baru ni. 


Admin: Sofea Mohd





















Ulasan

Catatan Popular