PORT MAKAN VIRAL DI SUNGAI BULOH
1. MALAYA GRILL
Malaya Grill
(The King Of The Lamb)
Sebelum ini Malaya Grill terletak di medan selera bandar baru Sungai Buloh (depan public bank) tetapi mereka telah berpindah di TSB sungai buloh untuk mendapatkan keselesaan and kepuasan pelanggan untuk makan Restoran Malay Grill.
Malaya Grill terkenal dengan hidangan Nasi Arab Kambing dalam talam.
Malaya Grill menghidupkan sunnah makan secara berkongsi di dalam talam.
Menu istimewa Talam Malaya Nasi Arab Mix yang penuh dan padat dengan Nasi arab, ayam seekor, Kambing grill (8 slices), Kuah kari, Sos peri, sos blackpepper dan salatah.
Set Talam Malaya disertakan bersama air tropicana twister (2 jug)
Tak makan kambing, tapi muak makan ayam?
Malaya Grill turut menyediakan Nasi Arab Salmon!
Chicken Grill Malaya yang menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai rasa perapan rempah yang unik yang tidak dapat dilupakan.
Malaya Grill juga ada mengambil tempahan kambing golek untuk majlis aqiqah, Kenduru kahwin dan doa selamat.
Set Talam Mix sangat sesuai untuk dijamu dan dapat mengeratkan silaturrahim seisi keluarga atau kawan-kawan dengan cara makan berkongsi.
2.WARUNG KITA
Kemeriahan suasana di warung dengan pelanggan di salah satu cawangan Warung kita di Kampung Melayu Sungai Buloh.
Nasi Manggey yang dihidangkan diatas daun pisang untuk aroma yang wangi dan menyelerakan.
Coconut shake float juga adalah salah satu main menu di Warung Kita.
Kombinasi Nasi Manggey dan Coconut Shake Float yang harus dicuba di Warung Kita.
3. ANJ GRILL
A&J Burger Grill Menyediakan hidangan WESTERN FUSION CITARASA MALAYSIA di Sg.Buloh & Sg Merab
Mereka menghidangkan pelbagai jenis Burger Bakar untuk santapan para pelanggan. Antara yang Terbaik dari kami adalah seperti berikut:-
1) RGB Grill Burger
2) Rasta Monster
3) Oblong Grill
4) Hotdog Monster
5) Pelbagai western
Setiap Burger Bakar kami di hidangkan dengan disaluti Blackpaper Sos yang dibuat dengan resipi tersendiri.. Dilengkapi juga dengan Sayuran Segar, dan dihujani Sos Cili, Mayonis dan Chezzy Sos yang enak bagi melengkapi Burger Bakar kami.. Anda pasti berpuashati dengan hidangan kami.
4. MAN BURGER LAVA
Man Burger Lava adalah salah satu tempat makan yang ternyata BEST di Sungai Buloh. Pelbagai menu yg menarik ada disini.
Terdapat pelbagai menu yang menarik di sini tetapi BURGER dan WESTERN FOOD menjadi tumpuan utama pelanggan. Aneka dessert dan minuman yang menarik juga tersedia.
Mr Krabs Burger adalah burger signature di Man Burger lava. Warna merah macam ketam dan siap ada mata lagi, comel dan mencuit hati.
Burger ayam goreng mereka juga amat disyorkan. Ia bukan ayam goreng biasa-biasa kerana ia juga disaluti rempah tersendiri yang pedas... lagi terangkat rasanya.
5.DAUGTHER KITCHEN
Daughter's kitchen yang teletak di Kampung Melayu Sungai Buloh
Daughter's kitchen mempunyai pelbagai menu western yang menarik seperti cheesy maryland, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi hidangan westrn yang menarik.
Mix Dulang hanya RM49.00
Disini juga terdapat masakan Melayu Thai seperti nasi goreng paprik ayam dan banyak lagi.
Sos Cheese yang banyak dan tidak kedekut didatangkan pula dengan wedges.
Pemanis mulut yang laku keras di Daughter's Kitchen iaitu Milo Kepal. Terdapat juga milo kepas special topping ice-cream dan oreo crumbs.
6. WARUNG CHE BUNGA
Warung Che Bunga terletak di bersebelahan SK Sungai Buloh
Antara menu yang menjadi tumpuan pelanggan di Warung Che Bunga ialah masakan Kelantan seperti Nasi kerabu daging bakar, Nasi keromok, Nasi berlauk dan banyak lagi hidangan yang sedap.
Nasi ayam cincang & laksam
Nasi berlauk daging kerutuk
Di Warung che bunga juga terdapat Miang Pla seafood + Somtam iaitu masakan Thai yang jual pada waktu malam yang bermula pada pukul 4 ptg- 11 mlm
Antara minuman yang paling laris di che bunga ialah Teh Ais madu yang pekat dan kaw. Harga Teh ais madu hanya RM6.50 Sahaja.
Suasana meriah pada waktu makan tengah hari, pelanggan tidak putus-putus beratur.
Walaupun beratur panjang tetapi keadaan di dalam warung masih terkawal dan pelanggan dapat menikmati makanan masakan kelatan dengan selesa.
7.NASI BRIYANI ABDUL
Restoran Briyani Abdul ini terletak di medan selera utara fasa 4, Bandar Baru Sungai Buloh (belakang the store @ SB Mall)
Nasi briyani yang dihidangkan bersama kuah kari ayam, daging dan kambing serta acar timun dan dihidangkan cara klasik dan humble menarik minat pelanggan untuk makan secara santai.
Admin: Sofea Mohd
Ulasan