TOP 5 RESTORAN GRILL DI SELANGOR


TOP 5 RESTORAN GRILL YANG
 SEDAP DI SELANGOR & KL!!!

5. Hangrill Steamboat & Grill

GF, NO 2, Jalan Setia Perdana AY U13/AY, BANDAR SETIA ALAM, 40170 Shah Alam.

Pelbagai aneka seafood (Udang,Siput buloh, Kupang, Kerang), Ayam, Daging dan Kuah Tom Yum untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

Shellout juga adalah menu laris di Hangrill kerana memberi kepuasan dan kenikmatan seafood yang segar.

4. King Grill


No. 12-G Suria Jelutong, Jalan Bazar U8/99, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Berbagai jenis seafood bakar & goreng tepung. Dibakar menggunakan rempah tradisional. Dihidang bersama nasi putih. Juga hidangan set kambing bakar & nasi

KING'S AYAM GRILL ni King Grill cipta khas untuk customer kami yang jaga diet pemakanan. Kebanyakan yang makan Ayam Grill ni adalah golongan ABANG ABANG SADO
Biasanya yang sado sado ni memang jaga betul pemakanan sebab nak maintain body shape.

Tiga sekawan KAMBING, AYAM  & DAGING  paling dicari-cari sekarang ni. Maklumlah bila dah lama sangat tak datang King Grill ni terus order KING'S MEAT MIXGRILL sebab nak makan sepuas hati dan dapat rasa semua jenis daging sekaligusNak makan sorang memang puas , nak makan berdua memang seronok , nak makan 3/4 orang NIKMAT APA LAGI NAK DIDUSTAKAN. Berbaloi baloi portion mereka bagi.


3. Tree Steak House Sungai Buloh

 Lot 3028, Jalan Kuala Selangor, Kampung Paya Jaras, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

 Rhu Lamb Shank


Grilled Chicken Mushroom sauce


2. Laman Grill Steak & Bar-B-Que


G33, Blok 5, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor.

Laman Grill ialah restoran yang mesra majlis bagi meraikan hari bahagia seperti majlis istimewa, malam romantis, waktu yang tepat bersama keluarga dan rakan, atau sekadar bermalam di luar untuk memanjakan diri dengan masakan terbaik. Makan di antara persekitaran yang tenang yang menghadap ke air pancut, kolam dan taman yang indah. Tempat makan di restoran Laman Grill and Steak adalah perayaan untuk pancaindera kerana konsep dapur terbuka memberi para tetamu pemandangan dapur dan hidangan yang sedap.

Cz chicken 'Schnitzel' Burger




Frutti de Mare


1. Malaya GRILL (TSB Sungai Buloh)


Malaya Grill di Pusat Komersial TSB
(The King Of The Lamb)

Sebelum ini Malaya Grill terletak di medan selera bandar baru Sungai Buloh (depan public bank) tetapi mereka telah berpindah di TSB sungai buloh untuk mendapatkan keselesaan and kepuasan pelanggan untuk makan Restoran Malay Grill.

Malaya Grill terkenal dengan hidangan Nasi Arab Kambing dalam talam.
Malaya Grill menhidupkan sunnah makan secara berkongsi di dalam talam.

Menu istimewa Talam Malaya Nasi Arab Mix yang penuh dan padat dengan Nasi arab, ayam seekor, Kambing grill(8 slice), Kuah kari, Sos peri dan salatah. Jika anda order set ini akan dapat percuma air pilihan (2 jug air)

Menu Nasi Arab Salmon pun ada dekat Malaya Grill, sangat berkhasiat dan mempunyai rasa yang di dapat dilupakan. Makan sekali pasti nak lagi.


Chicken Grill Malaya yang menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai rasa perapan rempah yang unik yang tidak dapat dilupakan.

Malaya Grill juga ada mengambil tempahan kambing golek untuk majlis aqiqah, Kenduru kahwin dan doa selamat.

Set Talam Mix sangat sesuai untuk dijamu dan dapat mengeratkan silaturrahim seisi keluarga atau kawan-kawan dengan cara makan berkongsi.


Admin: Sofea Mohd
























































Ulasan

Catatan Popular