Benda Boleh Bincang😌

 Kalau ikut roadmap 2021 Malaya Grill akan buka 2 lagi cawangan tahun ni. Dalam planning kami nak buka bulan September. Abg chef selalu juga bagitahu planning ni kat kak syima. Abg chef orang paling seronok kalau Malaya Grill dapat buka cawangan.

Tapi nak buka cawangan bukan semudah tu je. Banyak perancangan kena buat. Malaya Grill tidaklah terlalu mengejar banyak cawangan sebelum standard disusun baik. Lagi sekarang di musin covic. Banyak kelemahan yang kak syima tengah cuba solusikan. Terutama makanan dan operasi. Sejak Abg chef sakit, kak syima pun tak dapat beri komitmen sepenuhnya pada MG. Sekarang kak syima akan tengok balik semua bahagian terutama operation.

Kak syima minta maaf pada customer atas kekurangan yang ada sepanjang beberapa bulan ni. Dalam waktu kami diuji, staf pun jadi lemah semangat bila orang yang selalu guide dan pimpin mereka dah takde. Apa pun Kak syima akan cuba baiki dan perbetulkan mana yang kurang.
Jika semua lancar, sop complete dan isu covid boleh selesai boleh la kami buka cawangan baru. Insyaallah lokasi di KL dan Shah Alam pilihan kami. Kalau di KL macam di Gombak atau Wangsa maju. Di shah Alam mungkin seksyen 13. Semua ni masih dalam planning. Mungkin juga hanya boleh buka satu cawangan saja dengan keadaan sekarang atau mungkin tak dapat buka lagi tahun ni. Semua ni sangat bergantung pada keadaan semasa.
Jika dapat buka pasti konsep yang sama. Kak syima pasti akan adakan dining hall, ada surau yang selesa dan tempat makan yang luas. Ini semua memang dah selalu berangan dengan abg chef. Kat mana cawangan yang buka mesti ada semua ni juga. Insyaallah jika diizinkan Allah...


Doakan Malaya Grill dapat berkembang dengan baik. Semuanya berbalik pada rezeki dan ketentuan Allah. Dan semoga Malaya Grill dapat terus bermanfaat untuk anak bangsa dan masyarakat. Hidup pejuang Malaya!!

Ulasan

Catatan Popular