Dulu Jual Kambing Tepi Jalan Je
Bermula tahun 2015 kak syima dan abg chef berjinak jual kambing dan nasi arab. Masa tu niaga tepi2 jalan, niaga hari jumaat di masjid. Macam tu lah permulaan. Panas terik, hujan, ribut, kena pindah, kena saman semua tu perkara biasa. Adat niaga kata orang.
Januari 2018, Kak Syima dan Abg Chef kami nekad cari kedai. Kami dah mula fikir nak ada tempat untuk customer makan. Ada bumbung. Masa tu kami mulakan di gerai majlis. Kami start Malaya Grill dengan apa yang ada di tangan. Tak banyak duit pun masa tu, redah je. Banyak yang abg chef dan kak syima buat dengan tangan sendiri untuk bangunkan Malaya Grill. Bertukang, mengecat, piping, malah letrik pun kami panggil staf lama abg chef tolong. Kerusi meja dan semua alatan beli yang terpakai. Akhirnya dapat siap.
Kami start sikit demi sikit...tahun 2018 ni macam percubaan. Takut-takut pun ada. Sambutan hari pertama sales dalam 50++ jer. Staf pun baru ada 6orang. Abg chef kat kitchen dgn 2 orang lagi, kak syima jadi cashier, 2 orang jadi waiter bergilir buat air juga. Kelam kabut tu memang ya sebab baru lagi. Alhamdulillah berlalu berapa bulan nampak semakin ada peningkatan customer.
Tahun 2019, kami baru pandai buat marketing. Baru start tambah menu dan masa tu kami tukar trademark kami pada THE KING OF LAMB dan ada menu nasi arab. Kami panggil mymakan tv buat video. Itulah first time buat, kawan2 bagitahu kalau nak buat video viral kena sedia dgn team takut susah. Kami redah dan belajar. Lepas masuk video tu bermula lah perjalanan viral di Malaya Grill. Impak luarbiasa dan komen pun jenuh juga. Tapi kami belajar mana yang betul salah, perlu tak perlu. Semua jadi pelajaran.
Bulan 11 tahun tu juga bila Malaya Grill dapat ke udara di Selamat Pagi Malaysia TV1 telah bermula lonjakan luarbiasa sales Malaya Grill dengan izin Allah. Lonjakan tu sangat di luar jangkaan kami dari viral pertama kali MG di MyMakan TV. Luarbiasa sales itu nampak miracle bilamana seat di Malaya Grill waktu itu dalam 70pax saja untuk satu-satu masa. Yang jika difikir seperti miracle dengan sales yang kami dapatkan waktu itu berbelas ribu sehari.
Itu semua telah merubah pandangan kak syima dan abg chef pada kemampuan Malaya Grill. Data customer repeat semakin ramai. Feedback yang baik juga diterima dari menu yang disediakan. Kak syima sendiri bukan expert dalam banyak hal termasuk marketing. Abg chef pulak hanya fokus makanan. Ini semua memang kuasa Allah. Allah nampakkan kami bahawa ini perjuangan besar.Bila kak syima fikir tahun 2019, tahun yang kak syima dan abg chef mulakan perniagaan kami dengan perjuangan. Kami mula menyebut tentang perjuangan, tentang halatuju. Kami mula berkumpul setiap jumaat buat pengisian dan setiap hari kami train staf buat briefing pagi dengan asmaulhusna, selawat, sedekah fatihah, mind to muscle, war cry perjuangan malaya grill. Semua tu miracle rupanya. Semua tu jadi asbab kekuatan malaya grill. Nanti kak syima akan cerita semua tu.
Hari ni Malaya Grill dapat berpindah ke wisma 4 tingkat pun dengan izin Allah. Ramai yang tanya macam mana boleh buka wisma di waktu covic ni? Susah nak jawab. Kami tak buat pinjaman bank. Jika nak difikirkan bajet dan reserve kami belum lagi mampu. Namun Allah lah memampukan kami. Allah memperlihatkan setiap satunya dengan penuh hikmah kepada kami. Kerana sebuah perjuangan.
Betapa kasih sayang Allah, kak syima dan suami nekad meneruskan wisma. Dan paling ingin kak syima dan abg chef zahirkan pada Allah dengan membina surau yang dihidupkan waktunya dengan solat berjemaah di wisma Malaya Grill. Setiap kali kak syima ke surau akan sebak. Kerana inilah tempat paling istimewa di Malaya Grill. Dimana hak Allah diagungkan disini. Di tempat kami mencari rezeki.
Waktu ini staf Malaya Grill sudah hampir 30orang. Kami nak menggajikan lebih 50orang staf anak-anak melayu di wisma ini. Ini azam kuat kak syima dan abg chef dari awal bisnes. Bermanfaat untuk anak bangsa. Kami juga tak mahu staf MG sekadar pergi kerja, balik kerja saja. Matlamat kami ialah nak melahirkan anak bangsa yang ada perjuangan dalam kerja. Mereka harus beradab, berakhlak dan berprestasi tinggi. Tiada guna ada prestasi bagus, ada pengalaman bagus tapi tiada perjuangan yang nak dibawa, tiada adab dengan manusia apalagi dengan Allah.
Azam ini bukan mudah. Bukan senang dilaksana. Namun, azam ini tidak akan berhenti. Malah hari ni semakin kuat azam kami meneruskan agenda perjuangan Rasulullah. Membawa anak muda Islam menjadi orang yang bawa perjuangan baginda, punya akhlak baik dan berjaya dalam kerja mereka.
Hari ni abg chef dah meninggalkan kak syima dan semua team Malaya Grill. Tapi tu semua tidak akan mematahkan semangat kami untuk terus berjuang. Semangat abg chef adalah semangat kami semua untuk terus berjuang. Kami takkan berundur, malah kami akan lebih kuat meneruskan amanah ini.
Walau hari ni kak syima seorang wanita yang akan mengemudi tampuk perjuangan ni, kak syima yakin dengan semua team yang berada di belakang kak syima. Kak syima azam menjadi serikandi hebat seperti Khadijah dan ramai sahabiah lain yang kuat azamnya. Azam dan semangat yang tinggi ini untuk kak syima hidupkan jiwa anak bangsa di Malaya Grill dengan semangat seorang pejuang. Untuk pasakkan hakikat perjuangan sebenar kita di bumi Allah ini. Insyaallah...
Doakan kak syima terus diberi kekuatan berhadapan apa juga cabaran untuk membentuk dan membangunkan jiwa anak muda di Malaya Grill, mengembangkan Malaya Grill sehingga 100 cawangan seluruh Malaysia. Seterusnya bermanfaat untuk ummah. Semoga Allahyarham chef khairol terus dirahmati Allah atas usaha kami meneruskan perjuangan ini. Biiznillah..💪🏼
Selamat datang ke Malaya Grill...🔥
Ulasan