Ada satu hari tahun 2010..
Ayah call tanya macam mana kedai ok ke?
Kak syima jawab, ayah kami nak tutup kedai.
Ayah tiba-tiba diam terus dalam panggilan tu.
Kak syima dengar suara ayah sebak!!!
Tak lama ayah matikan telefon....
Waktu ni kak syima dan suami berniaga kedai makan kat Rawang berpartner dengan kawan suami. Kami ada masalah dalaman terpaksa tutup. Dan jual barang niaga.
Masa awal2 buka dulu, ayah dan mak antara orang terawal datang support. Ayah paling gembira dan menyokong bila kami berbisnes.
Ayah selalu call tanya...
Macam mana berniaga?
Ada untung ke?
Bila ayah dapat tahu kami tutup kedai.
Ayah sedih. Tapi ayah tetap bagi semangat.
Bila ayah tahu kami balik rumah di Perak. Ayah dan mak datang tengok kami. Masa tu kami agak susah. Suami baru kerja hotel. Duit pun memang takde sangat.
Masa ayah mak datang tinggal 50ringgit je buat beli lauk. Kami tetap layan Ayah dan mak dengan makan tengahari. Suami menjala cari lauk. Kami buat macam biasa, beli apa yang patut nak rai ayah mak datang. Tambah2 lauk sikit.
Tiba masa ayah nak balik...
Kak syima salam ayah,
dalam salam tu... ayah hulur duit 50.
Bila perasan, kak syima bagitahu ayah...
Tak payah lah ayah... tak payah.
Ayah tengok dan ayah cakap ambik la.
Masa tu Allah je tahu sebaknya hati ni...
Ayah macam tahu kami susah masa tu.
Ayah dapat rasa keadaan kami masa tu.
Ayah dan mak antara orang yang sokong bila kami nak bangkit semula dari gagal niaga. Bila kami decide nak pergi Kl niaga semula, ayah dan mak nak bagi pinjam duit. Suami kak syima masa tu taknak. Dia taknak susahkan ayah mak masa tu.
Tapi kak syima takde pilihan.
Kak syima nekad pinjam duit diorang.
Kak syima janji kat mak ayah akan bayar balik dalam 3-4bulan. Kak syima pegang janji tu.
Teringat bila setiap kali balik kampung nak bayar hutang ayah mak...
...Ayah akan bagitahu jangan bayar lagi...
Simpan dulu buat pusing2 meniaga.
Dah ada lebih nanti baru bayar.
Itulah hati ayah. Sangat mengerti.
Kak syima sebak bila ayah cakap macam tu.
Lelaki pertama yang kak syima saksikan pemergiannya... dialah ayah kak syima.
Kak syima duduk tepi ayah di malam sebelum ayah pergi. Dalam 2jam sebelum ayah pergi, kak syima sempat bersihkan ayah, bersihkan mata ayah, bagi ayah minum air zam2. Mengaji kat ayah. Malam tu kak syima setia genggam tangan ayah sampai akhir hayat ayah. Ayah pergi tenang dan paling bahagia ayah berikan senyuman diwajahnya.
Dan tahun ni tak sangka...
Kak syima buat perkara yang sama untuk lelaki kedua dalam hidup kak syima. 2jam sebelum suami pergi, Kak syima sempat bersihkan badan suami, tukar kain pakaian suami, bagi minum air zam2, sapu air zam2 kat muka suami dan kak syima sempat sugikan giginya. Kak syima ulang kali sebutkan kalimah Allah di telinganya. Kak syima tetap disisi suami hingga akhir nafasnya.
Tidak ada yang kebetulan. Allah beri perkara yang sama untuk kak syima lalui. Kak syima belum sempurna tanggungjawab sebagai anak, juga masih banyak kekurangan dalam menyantuni suami. Tetapi Allah tetap baik. Hanya kerana Allah ingin kita melihat Dia. Melihat kasih sayangNyai.
Terima kasih Allah pinjamkan mereka.
Terima kasih Allah izinkan hidup dgn mereka.
Keduanya adalah insan bergelar AYAH...
Ayah yang punya sekeping hati yang mulia.
Ayah yang bekerja tak kira masa dan ketika.
Ayah yang sanggup berkorban demi keluarga.
Allah menyayangi mereka. Lebih dari kita sayang mereka. Moga syurga tempat mereka.
Selagi kita punya waktu... hargai, kasihi dan cintai mereka seadanya. Ayah dan suami kita.
"SELAMAT HARI BAPA".....
Ulasan