ANAK MELAYU MALAS!!!

Cerita tentang anak muda, anak melayu bukan mudah sebenarnya. Kak syima dan Arwah Abg chef dah lalui susahnya nak bangunkan mereka. Satu masa kami pernah give up menggajikan anak2 melayu muda ni. Anak melayu kerja malas, lembap, tak bersungguh, tak lama kerja semua ada. Ini antara sinis sesetengah masyarakat.

Teringat kak syima masa awal buka Malaya Grill, tak tahu lah berapa ramai keluar masuk kerja dengan macam-macam hal. Ada yang jenis datang lambat bukan minit2 tapi lambat 2-3jam, ada yang pilih nak buat kerja yang senang je, ada yang asyik hilang ke toilet je. Belum lagi yang ponteng memanjang. Tak jadi keje. Jenuh juga nak cover semua yang buat hal.
Itu hakikat yang kita kena terima. Tapi itu bukan bermakna anak muda melayu tak mampu bangun, tak mampu bangkit ubah diri. Sebelum nak jadi bagus, kau akan tempuh segala perangai buruk semua tu dulu. Itu lumrah. Semua orang tidak bermula sentiasa baik. Kadang yang tak bermula bagus tu lah yang akan jadi lebih hebat. Ini keyakinan kuat kak syima masih menggajikan mereka sampai hari ni.

Keyakinan ni kak syima pegang erat-erat untuk terus berjuang mendidik dan bangunkan mereka walau sesukar mana pun. Dari situ kak syima dan Abg chef, kami mula melakukan satu persatu... Biar ia brlum sempurna tapi sekurangnya kami telah bermula. Kami azam guide anak2 muda ini untuk mereka belajar berjuang. Maka tercipta gelaran “PEJUANG MALAYA” untuk semua team MG.
Bukan sekadar itu, dari pelbagai masalah yang ada kami terus belajar membentuk anak muda Malaya Grill dengan NILAI. Kami duduk bersama dan bincang nilai yang harus ada di Malaya Grill. Maka terbentuk prinsip NILAI dari solusi segala masalah yang ada di Malaya Grill.
Displin - Displin masa, displin kerja dan displin solat diterapkan. Kejayaan bermula dari displin. Perkara pertama perlu dinilai adalah displin diri.
Integriti - Jujur, amanah, ikhlas dalam melaksanakan tugas yang dipegang. Ini semua perlu dibangunkan, dipasakkan.
Dedikasi - Apabila displin dan integriti telah bersatu maka menjadilah dia seorang yang penuh tanggungjawab. Kerja bukan lagi kerja tapi amanah yang dibawa.
Inspirasi - Bila amanah terbukti dilaksanakan, dia akan menjadi inspirasi pada semua team yang lain. Dipandang tinggi dan dihormati.
Kasih Sayang - Di saat dia meletakkan kerja sebagai suatu amanah, kerja dilaksanakan penuh ikhlas.. maka lahirlah kasih sayang. Kasih sayang terhadap kerja, kasih sayang bersama sahabat, kasih sayang bersama Allah.

Walau kami belum cukup sempurna memegang semua nilai ini, tapi kami sedang mempraktiskan sedaya mungkin. Bukan mudah pelaksanaan ini, namun ia perlu masa. Yang penting usaha kita. Kak syima yakin nilai ini akan menjadi jati diri teguh semua anak muda di Malaya Grill. Berdiri dengan amanah yang diberi.
Di Malaya Grill banyak pengalaman yang mereka akan belajar. Bukan setakat kerja, lebih dari tu mereka belajar tentang hidup, belajar kasih sayang, belajar kenal Allah, belajar hadapi ujian, belajar kerja berjemaah dan banyak lagi ilmu yang disampaikan disini. Inilah pengalaman mahal di Malaya Grill.
Semoga semua team Malaya Grill terus bina kekuatan dengan NILAI yang kita bawa. Jika ada yang tersungkur kita angkat bersama naikkan kembali semangat mereka. Kita hanya manusia biasa mudah kecewa, mudah rebah. Kita satukan hati, bangunkan jiwa untuk kekal berjuang bersama sehingga ke akhir hayat kita.
Salam perjuangan dari Serikandi Malaya Grill


Ulasan

Catatan Popular