Makcik Dari Kayangan
Ada satu kisah dulu di Malaya Grill....
Ada sorang makcik ni tiba-tiba datang bagitahu nak jumpa tukang masak. Dia tanya siapa yang masak Nasi arab semua ni. Staf kecut perut juga sebab makcik ni nak masuk dapur nak jumpa abg chef.
Makcik ni buka pintu dapur...
Rupanya makcik ni cuma nak bagitahu pada abg chef dia rasa nikmat dapat makan nasi arab hari ni. Katanya dah lama tak nikmat sedap macam ni. Makcik ni ucap terima kasih pada abg chef dan team sebab masak sedap.
Masyaallah... Terharu semua team kami. Makcik ni dari Bukit Antarabangsa datang dengan keluarga. Happynya dia dapat makan siap bagi tip pada team Malaya Grill.
Kata abg chef, diorang masak macam biasa je. Sedap, nikmat tu semua urusan Allah. Allah yang pegang. Walau kadang rasa dah buat yang terbaik tapi ada yang rasa kurang... macam tulah. Tu semua kerana Allah hanya nak menyatakan bahawa dia yang pegang semua ni. Nikmat dan kepuasan hanya dari Allah. Kita hanya buat tanggungjawab kita.
Kak syima pun belajar sesuatu dari makcik ni.
Kadang, dengan perkara kecil je kita boleh zahirkan kesyukuran pada Allah. Allah hanya nak tengok bagaimana kita zahirkan rasa syukur nikmat padaNya.
Tergambar sangat bahagia di wajahnya bila makcik hulurkan duit di tangan kak syima minta sampaikan pada semua team. Seronok lagi bila makcik doakan berkali-kali untuk Malaya Grill terus berjaya. Allahu...
Nikmat mana yang kita nak dustakan...
Terima kasih makcik. Mungkin asbab doa makcik dulu Malaya Grill disini sekarang.
Ulasan