Malu la orang melayu tanya "tanjak tu apa"!!!

 KAMI BANGSA BERTANJAK

Inilah cerita kami anak muda Malaya Grill kini bertanjak. Bila start kami bertanjak? Dan kenapa kami memulakan. Jom kak syima cerita.
Tak ada kebetulan nama MALAYA.
Tak ada kebetulan bila kami bawa perjuangan.
Tak ada kebetulan bila kami semua dinaungi anak bangsa melayu.
Semua tu rupanya tak ada kebetulan. Di sebalik perjuangan kami mengangkat nama melayu dan Islam seiring, kami memperkasa bangsa dengan "tanjak melayu"...
Kak syima sendiri suka anak melayu bertanjak. Bila bertanjak ni semangat semua pejuang team MG lain macam. Luarbiasa. Darah melayu yang mengalir... Dengan bertanjak, semangat kami berkobar, mewarisi Semangat pahlawan, semangat bangsa berdaulat!!
Di sinilah kak syima nampak, Malaya Grill terus memperkasa anak bangsa. Anak bangsa harus kuat, harus semangat dan tak takut berjuang!!! Di Malaya Grill mereka bermula. Kami anak muda MALAYA terus mendokong bangsa bertanjak sebagai lambang perjuangan orang melayu.
Dulunya, bangsa ini adalah lambang maruah bangsa Melayu dan semangat kepahlawanan Melayu. Sekian lamanya bangsa ini mendiamkan diri. Sama ada malu atau memang tidak mahu. Sama ada ragu atau memang dalam keliru.
Namun kini, sudah tiba masanya anak bangsa melayu kembali ke gelanggang mereka yang sebenar. Kami terus berjuang di gelanggang kami demi sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.
Lelaki digelar pahlawan...
Wanita digelar serikandi....
Ayuh pejuang MALAYA GRILL kita bangkit.



Ulasan

Catatan Popular