RESEPI 13 RASA ISTIMEWA🤫

Kak syima tak tahu kenapa dengan nombor 13 tu. Tapi yang pasti kami bermula dengan perapan kambing dari 13 herba dan rempah ratus untuk menghasilkan aroma istimewa.

Kak syima masih ingat tahun 2013 kami dan berjinak-jinak buat kambing golek. Masa tu kami hanya dikenali AL-AMEEN CATERING. Bila kambing golek mula dapat tempahan, dari situ bermula resepi perapan kambing.
Abg chef selalu bagitahu kita nak buat rasa sendiri. Nak buat rasa smoke macam bau arang tu. Dalam 2 tahun lebih kami mencuba hasilkan bbq perapan yang pelbagai. So setiap kali customer tempah dalam masa tu macam- macam rasa ada. Belum konsisten. Bila kami dah dapat satu rasa yang memuaskan barulah abg chef dan kak syima decide resepi bbq dari 13 rasa tu. Yang korang makan sekarang di Malaya Grill tu.
Dalam tempoh tu jenuh juga tau kami nak create satu rasa dari 2jiwa... hihii. Maka terhasil lah kambing Golek Malaya. Tahun 2015 kambing golek MG mula dapat sambutan, bila citarasa kambing kami mula diterima ramai. Masa tu rasa lega sebab dapat signature sendiri. Siapa pernah makan kambing golek malaya grill pasti tahu macam mana kan???
Kak syima antara orang terlibat ke dapur bersama abg chef masa kami buat resepi perapan kanbing golek. Perkara pertama kak syima bagitahu abg chef nak bbq yang meresap ke kambing menjadikan warna kambing tu bersinar keperangan dan menggiurkan... Abg chef sedaya upaya cuba. Alhamdulillah hari ni terhasil.

Kalau ada event kambing, taksah kalau orang tak beratur dan ulang ambik kambing tu. Ada juga customer bagitahu kalau bau dah tahu tu aroma Malaya Grill. Rindu betul nak buat event kambing. Seronok tau tengok tetamu dari budak kecil sampai warga emas beratur nak makan kambing...
Sekarang resepi 13 rasa ni terus digunapakai di Malaya Grill yang menjadi signature kami. Resepi Allahyarham chef khairol akan terus kami gunakan untuk kesinambungan Malaya Grill sehingga ke 100 cawangan. Insyaallah.. korang tolong doakan yer. Terima kasih atas sokongan yang tak putus dari semua follower, tanpa korang Malaya Grill tak mampu stay sampai sekarang....



Ulasan

Catatan Popular