Sebab sayang aku paksa!

 Puan syima...

Saya malu nak menjual!!!
Saya tak boleh la nak cakap!!!
Saya takut orang marah bila jual!!!
.
.
Waktu ini bukan waktu selesa bagi kita.
Kak syima tahu ramai staf taknak jual, taknak menonjolkan diri di awal plan ni. Ini bukan kebiasaan kita. Sebelum ni kita tunggu customer, kita tak susah menjual. Sekarang tak lagi!!! Kita kena cari customer untuk terus survive dalam tempoh ini.
Ini hanya lah sedikit dari ujian Allah.
Untuk mencoba hati kita!!!
Lama kak syima berfikir, mengharap Allah berikan jalan. Allah tunjukkan ini... hanya untuk menguji keyakinan kita. Mahu atau tak?
Kak syima bagitahu team...
Rezeki ada kat luar tu!!!
Ada ramai customer nak makanan kita,
tapi mungkin mereka taknak kos delivery. Atau mungkin mereka tak nampak kita. Jadi kita keluar menjual, keluar dari tempat kita!! Namun janganlah risau, kami masih menjaga SOP. Insyaallah Allah sebaik2 pemelihara.
Betapa ramai yang nak makanan dari Malaya Grill. Mereka mahukan...!!! Mereka nak!!!
Rupanya Allah uji sekadar nak kami tu berusaha lebih sedikit. Keluar dari keselesaan kami. Bergerak dengan rasa ingin memberi!!
Maafkan semua anak muda Malaya Grill jika kami bersalah. Jika kami terkurang dalam kata-kata. Maafkan jika mengganggu. Kami hanya ingin menjalankan kerja kami. Bukan kerahan, bukan juga paksaan. Ini lah nilai perjuangan kami.
Pada kalian di luar sana yang nampak anak muda Malaya Grill sedang berusaha. Berilah semangat dan sokongan pada kami, jika ada yang salah mohon beri teguran pada mereka. Terima kasih pada semua yang menyokong kami. Semoga Allah membalas budi baik kalian!!!

Ulasan

Catatan Popular