SEMUA ORANG BERHAK DAPAT PELUANG KEDUA

Semalam kak syima cerita anak melayu malas kan... Ni haa antara staf yang malas tu, selalu datang lambat, adakala dia main cuti jer. Ini cerita tahun-tahun yang lalu la. Namanya Firdaus dari Kelantan kerja di bahagian kitchen.

Daus ni dulu pernah diberhentikan sebab attitude. Kerja main-main je. Datang ikut suka hati, banyak sangat alasan dia. Pening juga arwah abg chef bila dapat team kitchen macam ni. Memang abg chef banyak sabar sampai tak sabar abg chef suruh cari staf lain.
Bila dah diberhentikan.... berapa minggu lepas tu dia contact staff HR nak kerja balik. Merayu nak keje semula. Katanya dah cuba kerja tempat lain tapi tak ngam la, tak serasi la. Nak kembali ke Malaya Grill. Mula kak syima tanya abg chef, dia taknak dah staf yang bermasalah. Tapi... bila kami bincang balik, kita bagi satu lagi peluang. Semua orang berhak diberi peluang kedua.
Daus datang ofis jumpa kak syima dan disoal macam-macam la. Macam-macam janji juga kena buat siap kena sign surat akujanji. Antara akujanji, Daus tak boleh datang lewat walau sehari, kena jaga attitude, sedia kerja lebih masa jika abg chef minta dan Kalau abg chef kata tak ok dalam tempoh percubaan Daus akan terus diberhentikan kerja lagi. Begitulah...
Dalam tempoh tu, Daus berjaya ubah diri. Walau bukan keseluruhannya tapi telah ada perubahan. Abg chef buat penilaian masa tu. Kak syima akan banyak tanya abg chef macam mana prestasi Daus. Abg chef kata, Daus kena banyak tunjuk ajar, kena banyak dibangunkan jiwa masak dia. Walau belum cukup terlatih tapi Daus menunjukkan minat di bahagian kitchen itu yang abg chef suka.
Alhamdulillah dari NILAI yang dibawa di Malaya Grill Daus menjadi lebih berdisplin, jaga masa, jaga solat, sekarang dah jadi senior bahagian kitchen. Daus sekarang ada perubahan lebih baik dan lebih matang. Dalam tempoh bekerja di Malaya Grill ni juga Daus dapat beli kereta vios dan paling dia tak sabar bulan Julai ni Daus nak kahwin pulak...
Dari seorang yang bermasalah...
Hanya dengan peluang, insyaallah manusia boleh berubah. Disini lah kak syima dan arwah abg chef sentiasa praktiskan bahwa anak muda perlu diberi peluang dan perlu sabar bangunkan mereka. Walau pada awalnya mereka dilihat teruk, namun siapa sangka mereka jadi lebih baik. Hanya sangka baik dan tak putus asa terhadap anak muda mereka boleh dibangunkan dengan izin Allah...
Semoga coretan ini jadi inspirasi pada ramai anak muda di luar sana. Semua orang mampu berubah. Semoga Daus dapat beri lebih nilai kepada Malaya Grill, belajar komunikasi dengan baik, perlu banyak lagi belajar tentang dunia masakan dan kerja dengan seikhlas hati. Dah kahwin nanti jangan datang lambat pulak yer... Do the best Firdaus!!!

Ulasan

Catatan Popular