Tak ada pasangan berkahwin yang tak pernah susah
Dulu kak syima tak pernah langsung fikir akan jadi peniaga. Kak syima cuma fikir nak jadi surirumah kepada insan bernama suami.
Yela masa tu kak syima suri rumah jaga anak sorang, masak, tunggu suami balik je. Tak fikir benda lain pun. Masa ni kak syima fikir nak mengandung banyak sebab abg chef nak anak ramai, 10 orang pun takpe. Sebab kami dari keluarga yang ramai. Tapi Allah ada susunannya.
Masa ni 2007 kak syima baru pindah duduk Sg Buloh, abg chef kursus 6bulan kat Perhebat. Ingat nak stay kejap je lepas abg chef habis kursus balik semula kampung. Rezeki nak terus jadi orang Sg Buloh. Tahun 2008 bermula berniaga. Bisnes pertama kami ialah PASAR SEGAR AL-AMEEN, di Desa Coalfields. Abg chef suka jual ikan sayur barang dapur. Tak tau la masa tu kenapa dia minat jual semua tu bukan kedai makan walaupun kepakaran dia masak.
Selepas 1 tahun bisnes pasar segar, tiba-tiba abg chef mula orang tahu boleh masak sejak aktif di surau. Apa lagi... dah start orang minta dia masak. Dari situ kami mula berjinak buat bisnes katering. Kami nampak bisnes katering lagi okay, kami terus jual bisnes pasar segar untuk dapatkan modal beli peralatan katering.
Dari situ kak syima mula berjinak-jinak dunia marketing. Bisnes katering perlukan kita berkomunikasi dengan orang, perlu skill bercakap. Kak syima ada sikit bakat tu maka kak syima gunakan untuk mulakan perniagaan ni. Kak syima jumpa ramai customer untuk deal katering. Dari katering kecil hingga katering besar ribuan orang. Dari pelanggan orang biasa hingga pangkat besar. Di situ kak syima banyak belajar sikap manusia dan belajar selok belok bisnes.
Bila orang tanya... kat mana kak syima belajar ilmu perniagaan. Kak syima bermula dari kosong. Kak syima banyak belajar dari pengalaman kegagalan. Awal perniagaan kami gagal manage. Kak syima sendiri gagal urus duit dan pengurusan. Kami pernah kehabisan duit langsung sebab tak pandai manage. Ada juga customer yang tak bayar katering sampai sekarang. Antara faktor duit nak rolling bisnes sangat susah. Duit habis, ada customer marah-marah sebab makanan rosak, mereka minta ganti rugi tinggi dengan ugutan. Masa tu kami down sangat. Dalam masa-masa tu order semakin berkurang. Semakin survive. Di situ kak syima dan abg chef banyak kumpul pengalaman diri dan mula bina kekuatan. Pengalaman yang sangat mahal untuk kami belajar.
Dari situ kami bangkit dari kegagalan dengan belajar dari pengalaman sendiri. Kak syima jadikan kegagalan sebagai turning point untuk berubah. Kak syima banyak muhasabah dan minta petunjuk Allah untuk terus berjuang dalam perniagaan... satu perkara yang ada pada kak syima ialah... keberanian. Walau di saat tangan kosong, walau masa tu abg chef pernah give up Kak syima kuatkan hati untuk stay, beri semangat pada abg chef untuk bertahan. Hanya keberanian dan kecekalan diri buat kita mampu bangkit
Hari ni... kak syima kuatkan hati untuk terus berjuang walau tanpa suami disisi. Kak syima akan gunakan semua pengalaman yang dilalui untuk terus ke depan tanpa menoleh ke belakang lagi. Siapa diri kak syima hari ni adalah dari pengalaman yang Allah izinkan kak syima belajar dan terus belajar untuk menjadi lebih baik, lebih kuat untuk tempuh semua cabaran yang mendatang. Apatah lagi waktu kini bisnes lebih mencabar. Insyaallah kami usaha sedayanya...
Nanti kak syima akan ceritakan sedikit pengalaman untuk bina keberanian dan kecekalan diri terus bertahan dalam perniagaan. Biiznillah...
Terima kasih semua yang sudi membaca.
Ulasan