Tak sangka Prof Muhaya cakap macam tu😭


One of the person yang selalu menjadi inspirasi kak syima adalah PROF MUHAYA. Seronok dapat jumpa Prof sebab kata-kata beliau tak putus dengan ilmu. Masa ni kak syima buat lasik tahun 2020.

Prof kalau bercakap yang bawah usianya, macam kita ni anaknya. Dia akan cakap macam mak-mak. Prof bagitahu kalau sesiapa yang jumpa dia, pasti bawa balik sesuatu. Ilmu kehidupan.
Orang baik, hatinya juga baik. Matlamat kita terus buat baik, terus beri kebaikan hanya untuk Allah sayang dan redho.
Ada baik...Beri baik, dapat baik..
Ada ilmu...Beri ilmu, dapat ilmu...
Ada bahagia...Beri bahagia, dapat bahagia...
ADA....BERI.... DAPAT....
Simple.
Kita adalah bagaimana kita hidup.
Pilih cara hidup baik, ikhlas niat, bermanfaat pasti kita akan seronok nikmati hidup yang sementara. Tak lama lagi kita akan pulang juga. Terus mencari jalan hidup yang Allah sukai.
Selesai dari rawatan kak syima dapat bersembang dengan prof yang sangat energetic. Kak syima dapat peluk dan ambik aura orang yang baik positif buat kita pun rasa bahagia...
Begitulah dalam hidup.
Adakala kita akan rasa sedih, down, putus harap. Kak syima tahu ramai sedang strugle, ada yang stress dan putus asa dalam keadaan sekarang. Tapi jangan biarkan diri terus keadaan begitu. Kita cari orang baik dan positif yang ada di sekeliling kita. Jumpa mereka dan bercakap dengan mereka. Insyaallah kita akan rasa lebih baik. Insyaallah Allah akan temukan solusi buat kita. Yakin.
Jom kita Sayangi semua orang tanpa syarat hanya kerana kita nak berbuat baik dengan manusia. "Hablumminannass".... Allah menyayangi kita berbuat baik sesama kita. Mulakan Isnin ni dengan penuh positif pada diri...
Salam sayang dari kak syima...



Ulasan

Catatan Popular