Allah akan bagi, pada waktu yang tepat

 Assalamualaikum semua...

Kak syima ni walaupun sebelum ni bergelar cikgu, tah macam mana boleh beralih bidang FnB. Ini gara-gara Allahyarham Abg chef bawa kak syima ke sini. Lepas tu datang la minat tu untuk manage sebuah restoran yang nak tak nak kak syima kena ambik tahu semua basic dari raw sampai masak...
Semua kak syima belajar dengan Abg chef. Tapi dalam soal nak hasilkan menu, kak syima akan decide. Sebab kak syima buat marketing, jumpa customer, research tentang customer. So kak syima akan duduk di tempat customer apa yang diorang nak. Dari situ kak syima cuba sesuaikan menu yang patut ada!!!
Kak syima akan cari idea menu dengan Abg Chef. Tapi antara kami kak syima dominan, suka fikir, banyak idea, banyak ragam juga!! Kami akan tengok youtube, tengok gambar2 menu orang lain, pegi restoran yang best then akan dapat idea. Kadang-kadang kak syima dapat idea tak kira masa juga. Bila dapat idea, kak syima akan minta Abg Chef terus buat menu tu. Kami akan brainstorm sama-sama. Begitulahhh...
Di Malaya Grill sekarang ni kami ada 10menu berasaskan Lamb. Dengan tagline kami....
"THE KING OF LAMB"
Kami terus fokus untuk customer kenal Malaya Grill sebagai port makan kambing special dengan pelbagai variasi menu kambing yang meriah... kan...kan!!!
Antara menu yang ada di Malaya Grill....
Grilled Lamb

Crispy Lamb

Lambo Lamb


Shanky Lamb

Kambing Sellout


Kambing Beratuq


Nasi Arab Kambing


Nasi Arab Lamb Shank

Nasi Arab Kambing Sellout (coming soon)
Paling famous??? Nak tahu apa?
NASI ARAB KAMBING topselling every month.
Susah yang lain nak potong ranking, menu ni ada aura lain macam. Susah kak syima nak cakap. Ini rahsia antara kak syima dan Abg Chef jer. Hihii
Ok tu je cerita kak syima hari ni. Siapa belum cuba Nasi Arab Kambing kat Malaya Grill ni memang kena try terutama lamblover tu. At least sekali seumur hidup korang. Lepas try tu confirm korang akan terpaksa cuba menu kambing lain pulak..hihiii gurau jer. Selamat mencuba!!!!




Ulasan

Catatan Popular