Small matter hits different

 Dulu kak syima dengar antara kejayaan orang Jepun mereka ada rutin pagi yang sangat konsisten sebelum mula kerja. Kak syima fikir kami juga harus ada rutin pagi yang konsisten untuk membentuk semangat semua team. Inilah aktiviti wajib setiap pagi semua team.

1) Asmaulhusna
2) Selawat ke atas Nabi saw
3) Hadiah Alfatihah (diri sendiri, ibubapa, guru, perantara rezeki, pelanggan MG)
4) Mind to Muscle (Target)
5) Doa Duhaa
6) Visi, Misi, Nilai MG
*Diakhiri dengan War Cry PEJUANG MALAYA


Rutin pagi ni kami dah buat sejak tahun 2019 lagi. Bukan senang nak maintain kekalkan sebenarnya. Rutin ni kak syima dan abg chef start awal dulu memang kami kena turun padang bersama team beberapa minggu juga sebelum nak semua team istiqamah. Kami kena datang awal sebelum semua datang, tunggu diorang. Mula2 jenuh juga la. Sebab akan sentiasa ada yang lambat.
Kak syima agak strict, siapa lambat tak tunggu. Rutin akan dimulakan tepat jam 9.00pg hanya 15minit. Bila setiap hari buat, so kita boleh tahu siapa yang lambat dan semua akan nampak siapa yang lambat tu. Agak-agak yang datang lambat tu rasa malu tak kalau dia sorang yang lambat? Esok nak lambat lagi ke??
Inilah antara kelebihan rutin pagi. Dari sini terbentuk displin untuk datang awal. Kak syima dan arwah abg chef percaya pada sesuatu yang kita buat dengan konsisten akan mudah dibentuk. Anak muda ni kita kena duduk buat bersama mereka sampai mereka konsisten buat hingga jadi amalan.
Kami belum sempurna, tapi kami telah bermula. Bermula untuk menjadi lebih baik setiap hari. Membesarkan jiwa anak muda dengan displin, integriti, dedikasi, inspirasi dan kasih sayang. Semua ini akan terus diperjuangkan sehingga anak muda semua ni berjaya. Insyaallah...
MALAYA GRIL!!! Boleh...Boleh...Boleh...
PEJUANG MALAYA... Allahuakbar!!!

Ulasan

Catatan Popular