Jom datang TSB!
Assalamualaikum semua! Korang tau tak yang dekat Sungai Buloh ni ada satu lokasi yang korang boleh datang untuk membeli segala keperluan dan kehendak diri. Senang cerita, memang lengkap lah dari A-Z. So, harini Min nak share empat tempat tumpuan sekitar TSB, Sungai Buloh.
Bubble Bee
Cakap je pasal kedai ni, korang pun dah familiar sangat kan? Min sendiri pun dah rasa keenakan 'Golden Series Ice Cream' yang jadi signature di semua outlet Bubble Bee. Bagi Min sendiri, rasa menu disini memang 'deserve the hype' la orang cakap. Kafe yang diterajui oleh selebriti Shuib Sepahtu ini memang famous la bagi kebanyakkan orang muda, memang viral di sosial media seperti Twitter, Instagram dan Tiktok. Mana yang nak pergi tu boleh lah sediakan persiapan fizikal dan mental untuk beratur lebih kurang 1 jam. Goodluck Min ucapkan!
DirectD
Iphone 13 dah nak keluar? Korang dah plan ke nak beli kat mana? Pastikan beli yang original tau! Untuk korang yang cari smartphone, camera, laptop,semua jenis gajet la senang cerita, boleh lah tengok tengok kat DirectD ni. Min pun jenis yang minat dengan teknologi, so memang 'up to date' lah dengan kedai gajet yang gempak macam ni. Korang boleh dapatkan barangan elektronik dari pelbagai jenama tak kisah lah dari negara mana pun. Harga pun memang mengikut harga pasaran dan kalau korang bernasib baik, boleh dapat banyak 'free gift' tau!
Al-Ikhsan
Siapa yang tak kenal dengan jenama Al-IKHSAN. Namanya tampak Islamik dan sukar untuk menjumpai jenama kedai sukan yang menggunakan nama seperti ini. Time PKP ni memang ramai nak stay fit kan? ada yang berbasikal, hiking dan main badminton. Tapi korang ada peralatan lengkap tak nak bersukan ni? Jom Min tunjuk satu kedai yang menawarkan barangan dan pakaian sukan yang original tapi harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Dekat sini pun memang setiap bulan ada sale, Min rasa berbaloi sangat! Pilihan pun banyak tau kat sini. So, stay healthy guys!
Secret Recipe
Teringin makan yang manis manis? Ataupun tengah mencari dessert untuk hari jadi pasangan? Kat sini korang boleh pilih macam macam jenis manisan macam kek, dessert, cheese tart dan makanan western tau! Menu kat sini semuanya premium tau, tapi harga berpatutan dan sedap. Favourite Min mestilah kek Chocolate Indulgence. Coklat Belgian dia memang tak muak dan kek dia pun lembut sangat. Tak sabar Min nak cuba menu lain pulak next time.
Malaya Grill
Ini paling special di antara semua yang Min cerita tadi. Sebabnya, ni boleh jadi port makan terbaik tak kisah la lunch atau djnner. Menu kat sini pun boleh tahan banyak tau dan berkonsepkan Melayu-Arab cuisine. Min paling suka nasi arab la sebab banyak pilihan lauk seperti ayam dan kambing. So, korang yang dah puas shopping kat TSB, mesti penat kan? Haa boleh la singgah Malaya Grill untuk try masakan oleh chef berpengalaman kita. Jangan risau pasal harga okay? Memang berbaloi sangat dengan menu yang disediakan!
Ulasan