Siapa kata Sungai Buloh ni takde benda yang best? Korang je kot yang tak habis explore kawasan sini. Memandangkan ramai yang dah lengkap 2 dos vaksin, ajak la kawan korang lepak makan makan. Ye lah dah lama tak jumpa dorang, tau tau dah 2 tahun tak keluar rumah. Harini Min nak borak sikit pasal port lepak sekitar Sungai Buloh..
Warung Kita
Nama pun dah dekat dengan masyarakat kan? Memang kreatif pemilik restoran ini. Apa yang special kat sini ialah Nasi Mmanggey. Selain sedap, populariti Nasi Mmanggey tinggi mungkin kerana namanya yang unik dan jarang ditemui di mana-mana. Selain Nasi Mmanggey, Warung Kita turut menghidangkan Nasi Belauk dan Nasi Lemak Ikan Tongkol. Semua makanan ini boleh digandingkan dengan pilihan minuman berasaskan kelapa seperti coconut shake dan ABC.
Sate Sri Subang
Hidangan sate dengan isi yang banyak, rasa yang sedap bersama-sama nasi impit yang lembut adalah menu yang signature disini. Bagi sebahagian pelanggan, ini adalah sate terbaik di Lembah Klang. Kerana rasanya yang sedap inilah ramai pelanggan yang datang berkali-kali. So, memang kena sangatlah kalau lepak dengan kawan kawan lepas habis waktu bekerja.
Isman Steak
Korang jenis tekak makanan western? Min ada jugak letak dalam list harini. Keenakan steak dan pasta menjadi menu utama mereka. Memang anak anak muda macam Min suka lah nak buat 'story' di Instagram. Turut berada dalam menu juga adalah beraneka burger. Sebahagian makanan turut disuaikan dengan citarasa tempatan seperti menambah nasi dalam hidangan.
Laksa Hut
Tengok nama pun Min dah tak perlu explain apa yang signature kat sini. Apa yang 'rare'nya kat sini ialah laksa telur sarang. Min pun teringin nak cuba juga laksa ni. Tapi, dengar cerita ada jugak menu lain macam nasi lemak, mee kari dan char kuey teow ketam. Surau pun ada disediakan tau bagi penganut agama Islam yang nak lepak lama. Lepak pun kena ingat tuhan okay?
Malaya Grill
Ini Min rasa tempat paling sesuai la dengan korang yang nak makan masakan arab berkonsepkan Melayu. Sebabnya, menu kat sini memang sesuai untuk semua lapisan umur. Nak lepak lama pun tak ada hal lah sebab ada surau di tingkat 3. Nak private space? Apa pulak tak boleh. Kami ada sediakan dining hall di tingkat 2. Nak lepak lama mana pun tak ada siapa kisah. Tak ada alasan lagi tau kalau korang tak lepak kat Malaya Grill. Tempat pun insta-worthy orang cakap! Truly recommended!
Ulasan