A million dreams are keeping me awake :)
Time Min cuti weekend haritu, Min ada tengok satu movie yang bertajuk The Greatest Showman. Memang best layan movie ni dengan dengan family, banyak juga pengajaran yang Min dapat dari movie ni dan Min rasa boleh relate dengan perjuangan seluruh Team Malaya Grill. Sini Min story kenapa Min cakap macam tu.
Sentiasa ada misi dalam hidup
Barnum (watak utama) membesar, kehilangan ayahnya, dan kemudian kehilangan tempat tinggal dan lapar sebagai anak yatim muda. Walaupun begitu, dia mengekalkan visi untuk dirinya sendiri. Dia bijak dan melakukan apa yang dia perlukan untuk terus maju.
Dalam perjalanan hidup Kak Syima, memang bukan mudah untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak halangan yang sudah Kak Syima dan Arwah Abang Chef tempuhi untuk jadikan Malaya Grill sebagai restoran yang hebat. Jangan takut untuk gagal dalam hidup sebab kita sentiasa ada peluang lain untuk berjaya. Just keep it going and trust what you can do in life!
Jadi diri sendiri
Min suka tema yang filem ni bawa iaitu abnormality/keanehan, Watak watak di sarkas Barnum ini pada mulanya bersembunyi dari masyarakat - mereka merasa mereka terlalu pendek, atau terlalu tinggi, atau "aneh" dengan orang lain. Ibu salah seorang daripada mereka malah menafikan mempunyai anak lelaki kerana dia sangat malu kepadanya.
Tak salah untuk kita jadi lain dari yang lain dan kadangkala kelainan itu yang membuatkan kita lebih dipandang orang. Macam di Malaya Grill, kami memang membawakan menu dan rasa Arab-Melayu yang istimewa dan tak dapat kat tempat lain Alhamdulillah, kelainan yang kami bawa itu diterima oleh ramai pelanggan. Pedulikan orang lain yang cuba jatuhkan kita. Kalau asyik nak kisah apa orang kata, bila nak berjaya kan?
What hurts you, makes you stronger
Barnum perlu berdepan dengan seorang penulis yang menulis kritikan terhadapnya dan rancangannya. Terdapat penunjuk perasaan yang memboikot di luar pintu rumahnya. Barnum dan mereka yang berada di sarkas tetap fokus dan membuktikan siapa mereka. Mereka tidak menghiraukan perkara negatif dan teruskan persembahan mereka.
Sebab tu Team MG sentiasa berpandangan terbuka dengan semua feedback yang pelanggan berikan tak kisah lah baik atau buruk. Walaupun kadang tu ada juga bagi komen yang tak berasas, Team MG tetap akan memberikan servis dan kualiti yang mantap kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Kami pun mengambil setiap komen anda untuk menjadi pembakar semangat bagi meneruskan perjuangan di MG.
Ulasan