Angan angan jadi impian, impian jadi cita cita.
Untuk menjadi sebuah bisnes yang berjaya, wajib ada visi dan misi yang tersendiri. Penting sangat ke visi dan misi ni, kenapa tak buat je sampai berjaya? Bagi Min, ia sangat penting untu kita tengok apa yang kita nak capai dan apa pembakar semangat untuk kita terus berada disini. Macam di Malaya Grill, kami ada visi, misi dan nilai yang tersendiri. Nak tau tak apa dia?
VISI: Menjadi peneraju utama rangkaian restoran yang menawarkan pilihan menu kambing yang istimewa dengan keunikan rasa tersendiri.
MISI:
1) Kami adalah penyedia perkhidmatan restoran
2) Kami menyediakan pilihan menu kambing yang istimewa dengan keunikan rasa tersendiri
3) Kami memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermula dari gigitan pertama.
4) Kami memperjuangkan makanan yang digemari Rasulullah dalam membawa ingatan kepada baginda saw.
5) Kami memperjuangkan pembangunan ekonomi sejagat dengan memberikan peluang pekerjaan dan manfaat kepada agama, bangsa dan negara
NILAI
D - DISIPLIN
I - INTEGRITI
D - DEDIKASI
I - INSPIRASI
K - KASIH SAYANG
Ulasan