Makanan favourite idola kita
Apabila masuk ke bahagian makanan. Banyak makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Makanan yang dimakan oleh Rasulullah itulah yang dinamakan makanan Sunnah. Kita tidak dipaksa untuk makan makanan Sunnah, tetapi untuk kebaikan badan, kita digalakkan untuk makan. Antara makanan sunnah yang mungkin ramai tak tahu ialah:
1. Air Zam Zam
Air zam-zam ini juga tidak asing lagi daripada umat Islam. Hal ini dikatakan air ini dapat mengubatkan pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangkan”. Air zam-zam ini bukan sahaja boleh diminum, malah boleh juga dijadikan sebagai air wuduk. Air zam-zam ini tidak boleh dibuang di buang merata-rata sebagai menghormati kesuciannya.
2. Buah Tin
Buah tin juga ada disebutkan dalam al-Quran. Ini menunjukkan betapa petingnya buah tin ini kepada umat Islam. Kenapa buah tin ini disebutkan dalam al-Quran? Buah tin ini mengandungi kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi. Buah tin ini seakan-akan buah kurma. Apabila kandungan yang ada dalam buah tin ini lengkap dan sempurna, maka badan kita dapat berfungsi dengan keadaan yang optimum.
3. Daging Kambing
Daging kambing dikatakan merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad SAW. Daging kambing justeru dipercayai mengandungi kolesterol yang kurang jika dibandingkan dengan daging yang lain seperti lembu, khinzir, ayam dan arnab. Daging kambing juga merupakah salah satu sumber protein yang baik sama seperti daging lembu dan ayam. Jumlah protein dalam 100g daging kambing ialah lebih kurang 20.9g.
Jadi untuk korang yang nak rasa sendiri pengalaman makan kambing yang padu, boleh datang ke Malaya Grill untuk try macam mana dia punya keenakan tu. Ada kambing crispy, kambing takde tulang, kambing dengan nasi arab dan macam macam lagi.
Ulasan