Beras Basmathi vs Beras Putih

Majoriti orang Malaysia memang suka makan nasi. Nasi ni dah kira makanan ruji orang Malaysia lah kiranya. Tapi, korang tau tak yang nasi ni bukan sahaja datang dari beras putih, malah ada juga datang dari beras lain seperti beras perang, beras basmathi dan beras wangi. Tapi harini Min nak cerita pasal kebaikan beras basmathi yang digunakan dalam penyediaan nasi arab di Malaya Grill.


1. Kandungan protein beras basmathi yang lebih tinggi

Sebenarnya beras basmati mengandungi tinggi protein dan kandungan nutrisi yang lebih baik dari beras putih. Ini dapat dibuktikan melalui kajian dari U.S Department of Agriculture, 100 gram (g) beras basmati (putih) memiliki komposisi gizi sebagai berikut:

  • Protein: 3,52 g
  • Tenaga: 148 Kalori (Kal)
  • Karbohidrat: 32.39 g
  • Serat: 0,7 g

2. Lebih baik untuk kesihatan jantung
Nasi basmati putih mempunyai kandungan arsenik yang lebih rendah daripada beras lain. Arsenik adalah logam kuat yang dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetes, dan barah. Beras basmati coklat mungkin mempunyai kadar arsenik yang lebih tinggi daripada beras perang pada umumnya. Selain kandungan arsenik dalam beras yang rendah, kandungan serat dalam beras basmati juga bermanfaat dalam menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


3. Mengawal kadar gula dalam darah
Nasi basmati adalah sumber karbohidrat kompleks untuk semua orang. Seperti yang dinyatakan dalam kajian Food Chemical, beras basmati coklat mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada beras putih. Iaitu, proses pencernaan beras ke dalam glukosa berlaku dengan lebih perlahan sehingga dapat menjaga kadar gula dalam darah meningkat dengan cepat. Dengan kelebihan ini, beras basmati juga lebih selamat untuk dimakan oleh pesakit diabetes.

So, korang yang nak rasa sendiri keenakan nasi arab yang dimasak dengan nasi basmathi, boleh datang ke Malaya Grill. Tapi kena rasa sekali menu kambing tau! Memang terbaik sangat!!!

Ulasan

Catatan Popular