Covid-19 sucks!

Dah hampir 2 tahun kita dilanda pandemik Covid-19 di Malaysia. Sedikit sebanyak memang mengganggu operasi di Malaya Grill. Harini Min nak share sikit pasal kesan Covid-19 kepada Malaya Grill dan cara Team MG tangani masalah yang dihadapi.


1. Pelanggan terhad

Jujur Min cakap, pada awalnya kami memang terjejas dan tak tahu nak buat macam mana. Yelah,tiba tiba dapat arahan untuk tutup restoran. Pelanggan pun memang hilang macam tu sahaja sebab semua kena 'stay at home'. Tak lama lepastu, kerajaan umum yang restoran dibenarkan beroperasi tetapi untuk take-away sahaja. Alhamdulillah, kami bertungkus lumus untuk mendapatkan pelanggan semula dan ada juga membuat perkhidmatan delivery ke rumah pelanggan.


2. Waktu operasi tidak menentu

Memandangkan SOP yang sering bertukar, kami di MG pun terpaksa ikut sahaja arahan yang ditetapkan. Namun, berkat Team MG yang berusaha sehabis baik, kami berjaya beroperasi dengan jayanya ketika itu. Pelanggan pun masih setia dengan Malaya Grill disebabkan kualiti dan perkhidmatan yang baik walaupun staff di restoran perlu dihadkan.


3.  Jualan yang tidak tetap

Ini antara kesan yang paling ketara menimpa Malaya Grill. Disebabkan pandemik, kami kehilangan ramai pelanggan terutamanya golongan yang bekerja di sekitar Sungai Buloh. Tetapi Team MG tidak gentar berdepan dengan masalah itu. Antara inisiatif yang dibuat oleh Team MG ialah menjual menu Malaya Grill dari rumah ke rumah. Siapa sangka, teknik ini mendapat sambutan yang luar biasa dari pelanggan. Memang bersyukur sangat!



Ulasan

Catatan Popular