"Customer is always right"
Benda ni dah selalu sangat kita dengar kan? Tapi penting sangat ke nak puaskan pelanggan ni? Jom Min share kenapa kami perlu memberikan kepuasan kepada korang semua yang hadir sebagai pelanggan.
1. Customer yang 'menghidupkan' bisnes
Antara nadi sesebuah bisnes ialah pelanggan itu sendiri.Di Malaya Grill, kami amat mementingkan setiap pelanggan yang hadir ke sini. Pelanggan selalu betul kerana sebagai perniagaan anda mahu pelanggan anda kembali serta merasa disambut dan dihargai. Banyak perniagaan kehilangan perkara ini apabila mereka mula dikenali dan tidak menyedari bahawa mereka masih boleh kehilangan segalanya tanpa kasih sayang dan kesetiaan pelanggan mereka.
2. Review customer amat penting
Statistik menunjukkan pelanggan akan lebih tertarik dengan review customer yang terdahulu sebelum membuat keputusan pembelian. Review mempunyai kekuatan untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan, dan mereka mendorong orang untuk berinteraksi dengan syarikat. Seperti di MG, kami akan sentiasa follow-up dengan customer untuk mendapatkan feedback dari mereka. Ini sekaligus meningkatkan mutu perniagaan kami.
3. Penanda aras untuk kejayaan 'customer service'
Pengalaman perkhidmatan pelanggan adalah salah satu penyebab utama kesetiaan pelanggan dan kehilangan pelanggan. Perniagaan harus berusaha untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan pelanggan yang mesra dan menjadi penyelesai kepada masalah pelanggan. Telah dilaporkan bahawa 52% pelanggan akan meninggalkan pembelian jika mereka tidak dapat mencari maklumat yang mereka cari.
Ulasan