Dulu lapar, tapi sekarang dah kenyang.
Rasulullah SAW sangat menjaga perihal adab ketika makan. Sebagai umat Islam, kita perlu mengikuti adab-adab makan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW demi menjaga kemaslahatan diri dan kesihatan tubuh badan. Harini Min nak cerita pasal adab adab ketika makan yang mungkin ramai terlepas pandang.
1. Membaca Bismillah sebelum makan
Terdapat pendapat yang mengatakan, sekirannya makan dalam satu kumpulan, cukup seorang sahaja yang membaca bismilah sambil yang lain mendengar. Ini dibenarkan oleh Imam Syafie. Terdapat juga pendapat fuqaha yang menyamakan masalah ini dengan masalah menjawab salam dalam satu rombongan. Cukup hanya diwakilkan seorang daripada rombongan itu bagi menjawab salam. Membaca basmalah dapat menghindarkan kita daripada makan bersama syaitan dan menjadikan makanan itu lebih berkat.
2. Mula makan dari tepi, bukan dari tengah
Rasulullah SAW berkata, “Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncak (ke bawah). Hadis direkodkan oleh Abu Daud.
3. Makan beramai-ramai
Anas bin Malik r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak makan siang dan malam dengan menggunakan roti dan daging kecuali dalam hidangan bersama orang ramai.”Makan beramai-ramai memberikan keberkatan kepada makanan itu. Jabir r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata, makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang, dan makanan dua orang pula mencukupi untuk empat orang. Demikian pula makanan empat orang mencukupi untuk lapan orang.” Hadis direkodkan oleh Muslim.
Ulasan