Foodhunting lepas hujan?!
Since kat Selangor ni selalu sangat hujan petang petang, memang best la tidur waktu macam ni. Dah bangun tidur, lapar pulak, haih. So, harini Min nak story pasal makanan yang korang patut cari lepas hujan.
Steamboat
Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.
Hidangan stimbot yang tipikal termasuk hirisan daging, sayur daun, cendawan, wantan dan makanan laut. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos. Di banyak kawasan, hidangan stimbot sering dimakan pada musim sejuk.
Roti Canai
Roti canai ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikan bilis.
Roti Bakar
Roti bakar merujuk kepada kepingan roti yang dibakar agar garing atau rangup serta dapat menampung hias atas dengan lebih baik. Membakar roti juga merupakan cara umum untuk menjadikan roti yang sudah masuk angin lebih sedap rasanya.
Roti bakar biasanya dimakan sebagai sarapan dan sering dihidangkan bersama mentega, keju, marmalad atau hias atas lain.
Mi Segera (Maggi)
Mi segera ialah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit. Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera. Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.
Menu Malaya Grill
Memang banyak makanan Arab beisonsepkan Melayu boleh didapati disini. Dari seorang makan, sampailah 10 orang makan. Menu yang Min rasa sesuai untuk seisi keluarga ialah Talam Malaya. Dalam Talam Malaya ni ada nasi arab, ayam seekor, kambing grill, campuran kuah kari dan percuma 2 jug air. Boleh dimakan oleh 8-10 orang tau. Harga pun memang berbaloi! Lepas hujan nanti singgah lah ke Malaya Grill, Kalau malas nak keuar rumah, kami boleh hantar tau! Satu Lembah Klang kami cover!
Ulasan