Fry-die Mercury vs Grill-ie Eilish?


Menggoreng dan memanggang adalah dua kaedah memasak makanan yang berbeza dan kedua-duanya disukai oleh orang di seluruh dunia. Ada orang yang suka makan makanan enak dan sedap, dan tidak menjadi masalah bagi mereka sama ada makanan itu sihat atau tidak. Sebaliknya, kebanyakan orang menjadi sangat mementingkan kesihatan dan cuba mengelakkan makanan dengan nilai kalori tinggi. Ini antara kelebihan makanan yang di grill berbanding makanan bergoreng.


1. KURANG LEMAK

Untuk memanggang masakan seperti ayam, daging, buah atau sayuran, kita tidak terlalu menggunakan minyak atau mentega. Justeru itu, kandungan lemak dari masakan panggang adalah kurang.

2. MENGEKALKAN NUTRISI

Kaedah panggang mampu mengekalkan lebih banyak nutrisi yang terkandung di dalam daging seperti tiamin dan riboflavin. Nutrisi ini sangat penting untuk kesihatan seseorang.


3. RENDAH KALORI

Apabila memanggang, kita kurang atau langsung tidak menggunakan minyak dan mentega. Keadaan ini menyebabkan kandungan kalori dalam masakan kita rendah dan ianya baik untuk kesihatan.


4. PENDORONG AKTIVITI SIHAT

Memanggang boleh mendorong kita untuk melakukan aktiviti yang lebih sihat. Ini kerana, aktiviti memanggang sangat popular dan menjadi satu kemestian apabila berkumpul. Sambil memanggang, kita boleh melakukan aktiviti luar bersama  keluarga dan rakan-rakan.

Ulasan

Catatan Popular