Restoran takde kualiti? Hmm LEMAH!


"Quality attract quality". Quotes ni mungkin simple je but kalau fikir dalam dalam memang deep tau. Semua orang mementingkan kualiti, lagi lagi bila cakap pasal makanan. Jadi untuk memastikan restoran mempunyai kualiti yang mantap , ini adalah aspek yang perlu dititikberatkan:


1. Menu yang sedap dan menarik

Macam di Malaya Grill, kami memfokuskan pilihan makanan yang berkonsepkan Arab-Melayu. Jadi menu yang ada disini memang susah nak dapat kat tempat lain macam Nasi Arab Kambing, Lamb Shank dan Kambing Sell Out.

2. Servis yang cepat

Mana mana restoran pun memang wajib ada servis yang pantas dari staf yang cekap. Customer akan cepat bosan untuk menunggu makanan untuk tempoh yang panjang. Dapat pulak makanan yang kurang sedap, fuh memang boleh terbalik meja tau!

3. Kemudahan yang lengkap

Untuk yang beragama islam, kami sediakan surau yang beroperasi sehingga 11 malam. Jadi tak perlu risau kalau korang nak lepak lama lama pun. Naik je tingkat 3 tu pakai lif tau! Tandas pun ada disediakan di tingkat 2. Bukan itu sahaja, kalau korang nak privacy dan suasana yang sejuk sikit, boleh book dining hall di tingkat 1. Boleh duduk ramai ramai dalam tu. Book satu dewan pun kami tak kisah.

Ulasan

Catatan Popular