Iklan kat TV? Bosanlah :(
Siapa kata kena keluar modal yang beribu ribu untuk bagi customer nampak bisnes kita? Tak semestinyalah! Kalau korang still nak spend duit iklankan produk korang kat stesen TV, silakan. Tapi korang tau tak ramai orang spend masa tengok handphone dari tengok TV? Sini Min expose cara nak iklankan produk guna bajet yang rendah.
1. Media Sosial
Bagitau Min berapa lama korang spend masa untuk main media sosial setiap hari.1jam? 3 jam? 5 jam? Mesti lama kan hahaha. Sebenarnya banyak media sosial yang boleh korang guna untuk promote produk. Lagi best kalau korang follow video yang trending sekarang, memang berdesup orang 'like dan 'share'. Nak dapat crowd tu memang senang, cuma kena jadi lebih kreatif sikit la dan lebih bijak dalam pemilihan content.
2. Carian Google
Enjin carian ingin memberikan perkhidmatan terbaik untuk penggunanya. Bahasa mudahnya, apa yang korang nak cari dekat google tu semuanya ada. Untuk bisnes yang baru nak start, memang agak susah untuk muncul di Google, tapi kebiasaannya akan mula dikenali selepas 6 bulan secara organik. So, korang yang ada bisnes tu, boleh boost bisnes korang dengan cara update semua media sosial secara harian dan konsisten.
3. Content Creator
Cara ni memang paling common untuk dapatkan views dari pengguna media sosial. Korang just contact je mana mana social media influencer, dan dorang sendiri yang akan create content based on creativity mereka. Kebiasannya, caj akan dikenakan berdasarkan jumlah followers content creator berkenaan. Malaya Grill juga pernah menjemput Pian dari Padu Beb Studios untuk membuat review di restoran. Alhamdulillah, sales di Malaya Grill meningkat selepas content itu disiarkan dan banyak review positif yang kami terima.
Ulasan