Know your audience well!
Tahun 2021 ni, korang yang nak start buat bisnes tu wajib tahu pada siapa produk korang tu nak dipasarkan. Senang cerita kalau korang jual produk yang premium, mestilah target audiencenya pada golongan yang berduit. Tapi penting sangat ke target market ni? Kenapa tak jual pada semua orang terus? kan lagi senang. Okay ni yang ramai taktau, meh sini Min cerita pentingnya audience yang tepat.
1. Menarik orang yang betul betul minat masakan Arab
Sebenarnya Min tau bukan semua orang sukakan masakan arab, mungkin sebab rasa yang tak kena dengan tekak diorang. Jadi, sebab tu Malaya Grill memfokuskan kepada mereka yang betul betul gemar dengan masakan Arab. Tapi sebelum ni ada jugak yang tak pernah try masakan Arab, tapi bila makan dekat Malaya Grill terus jatuh hati. Love at first bite orang cakap hehe!
2. Mendapatkan customer yang setia pada MG
Nak dapatkan kepercayaan dari customer ni memang bukan mudah tau. Lagi lagi bila restoran tu ada naik dan turun, tak konsisten. Tapi di Malaya Grill, alhamdulillah kita ada regular customer yang sentiasa datang dan sokong kami sejak,di premis lama lagi. Jadi kita kena hargai setiap pelanggan yang hadir dan kekalkan prestasi terbaik demi mendapatkan brand loyalty dari seseorang customer itu.
3. Mengiklankan produk pada orang yang tepat
Ini mungkin nampak simple, tapi ramai yang tak ambil port. Korang mesti ingat lagi banyak iklan korang buat, lagi ramai orang datang. Sebenarnya, tak semua iklan kena pada orangnya. Kena pastikan dulu siapa yang korang target. Contohnya, korang jual kuih raya tapi pergi promote dekat student. Haa kan tak kena tu, patutnya perlu promote pada para ibu atau orang bekerja. Barulah diorang ada potensi untuk jadi customer.
Macam tu juga di MG, kami lebih fokuskan kepada golongan bekerja untuk makan pada waktu lunch hour dan kami iklankan produk kambing frozen untuk golongan ibu yang mahu menyediakan hidangan dalam masa yang singkat.
Ulasan