Malaya Grill pilihan artis!
Cara nak iklankan produk korang dah tau kan ? Harini Min nak story pasal macam mana Malaya Grill boleh grow dari start katering dulu, sampai la dah ada Wisma 3 tingkat sekarang. Maybe boleh belajar something kan? Memang sesuai tips ni untuk yang baru nak start bisnes ataupun yang nak kembangkan lagi bisnes.
1. Konsisten
Apa yang paling penting bila korang run business ialah consistency. Untuk kekal relevan memangbukan sesuatu yang mudah dan perlukan banyak masa. Di Malaya Grill, kami memang konsisten dalam mengekalkan 13 rempah ratus istimewa dalam perapan yang kami sediakan. Kami juga sedang cuba sedaya upaya untuk memberi kualiti dan servis yang baik kepada semua pelanggan yang hadir.
2. Sistem yang proaktif
Benda ni mungkin nampak biasa, tapi akan bagi impak yang besar jugak pada company. Setisp bisnes yang besar perlukan staff yang mencukupi. Di Malaya Grill, kami asingkan staff mengikut tugas masing masing. Selain itu, kami juga akan update menu sekiranya terdapat perubahan harga makanan. Marketing campaign pun kena buat tau, baru lah orang tertarik nak datang. At least, sebulan sekali kami buat promosi untuk menu yang ada di Malaya Grill.
3. Mengambil serius terhadap review customer
Kami di Malaya Grill amat menitikberatkan soal review yang diberikan oleh customer. Dari sudut positif mahupun negatif. Kami juga akan buat follow up pada customer untuk mendapatkan pandangan tentang servis dan kualiti restoran kami untuk memastikan layanan dan kualiti restoran menepati kehendak pelanggan. Dan sekiranya ada sebarang masalah, pihak customer service akan sedaya upaya membantu anda.
Ulasan