Part kambing paling sedap!

Memang la orang cakap yang daging kambing ni masak apa pun sedap, tapi korang tau tak yang mana paling disukai ramai? Haa 3 bahagian kambing ni korang kena try sendiri sebab antara yang top di Malaya Grill tau!


Loin

Bahagian loin ini adalah antara bahagian yang paling lembut. Ia terletak diantara kaki dan rusuk. Bahagian ini selalunya dipanggang tetapi disebabkan bahagian ia tiada lapisan lemak untuk perlindungan, maka perlu berhati hati supaya tidak 'overcook'. Biasanya orang masak sehingga warna daging bertukar menjadi sedikit merah jambu atau 'medium rare'.


Shank

Shank ialah bahagian yang diambil dari lutut kambing. Daging shank ini memang sangat penuh dengan tisu penghubung. Tetapi ia boleh menjadi sumber hidangan yang sangat beraroma dan lazat jika direbus atau dimasak perlahan. Part ini antara yang paling popular dan agak mahal berbanding menu lain.


Shoulder

Perfect for slow-roasting'. Itulah yang boleh digambarkan bila bercerita mengenai lamb shoulder. Part ini merupakan part yang paling banyak tisu dan lapisan lemak.Korang boleh bayangkan tak bila masak tu, dia punya juicy dan lembut memang tak boleh bincang. Lamb shoulder boleh dimasak secara rebus, dipanggang dan dibakar.


So lepas Min cerita tadi, ada yang telan air liur tak? Kalau craving sangat boleh lah datang ke Malaya Grill sekarang. Semua jenis part ada lahhh. Malas keluar? Kitorang boleh delivery tau, jangan risau hehe!



 

Ulasan

Catatan Popular