Sunnah yang makin dilupakan
Assalamualaikum semua! Min nak kongsi sikit input yang Min dapat dari Google harini berkaitan Sunnah. Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW samada perkataan, perbuatan mahupun persetujuan. Sunnah juga bererti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak pula berdosa jika meninggalkannya. Tapi, sedar tak sedar ramai yang mula melupakan sunnah ini. Antara sunnah yang makin dilupakan ialah:
Sujud Syukur
Kalau cakap pasal sujud syukur, mesti ramai yang terbayangkan pemain bola yang selalu sujud diatas padang selepas jaringkan gol. Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti – tanpa wuduk, tidak menutup aurat, dalam kenderaan, tidak mengikut kiblat, dan seumpamanya.So, Min nak explain antara 2 keadaan utama yang boleh kita lakukan sujud syukur
Pertama: Ketika seseorang itu menerima anugerah atau nikmat seperti contoh berjaya dalam peperiksaan
Kedua: Ketika seseorang itu terselamat dari musibah atau perkara malang seperti contoh terselamat dari kemalangan
Bersiwak
Bersiwak atau bersugi ialah perbuatan membersihkan gigi dan mulut yang telah dilakukan sejak zaman Rasulullah lagi.Hukum bersugi ada dua:
Pertama: Hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut
Kedua: Makruh bagi orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.
Mendahulukan kaki kanan
Ketika menyarungkan kasut disunatkan mendahulukan sebelah kanan dan akhiri dengan sebelah kiri. Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW “Jika kalian memakai kasut maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri, jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Amalan pemakanan sunnah
Cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan satu cara
yang patut dicontohi. Pemakanan yang diambil oleh Rasulullah SAW
sangatlah mementingkan kesihatan. Dalam al-Quran juga ada menyatakan bahawa makanlah makanan yang halal
dan janganlah mengambil makanan yang sudah dilarang oleh agama. Contoh makanan sunnah ialah buah tama, madu, buah tin dan kambing.
So, diantara makanan sunnah yang Min suka ialah kambing. Korang tau ke mana nak cari masakan kambing yang premium dengan harga rakyat? Semestinya Malaya Grill lah! Dekat sini macam macam jenis bahagian kambing ada tau.
Korang rasa Min borak betul ke bohong? Boleh cuba sendiri datang ke Malaya Grill, TSB. Lambat tinggal!
Ulasan