Tahu cara, besar pahala.

Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz. Time PKP haritu, Min tengok ramai yang bagi bantuan kepada yang memerlukan, so harini Min nak share kebaikan bersedekah.


1. Menghapuskan dosa

"Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api." (HR. Tirmidhi, disahkan oleh Al Albani dalam Sahih At Tirmidhi, 614)

Pengampunan dosa dengan sedekah di sini, tentunya harus disertai dengan taubat atas dosa-dosa yang dilakukan. Tidak seperti apa yang dilakukan oleh beberapa orang yang sengaja melakukan dosa, seperti rasuah, makan riba, mencuri, menipu, mengambil harta anak yatim, dan sebelum melakukan perkara-perkara ini, dia telah merancang untuk bersedekah sesudahnya agar tidak ada dosa. Ini tidak dibenarkan kerana termasuk dalam merasa aman dari tipu daya Allah, yang merupakan dosa besar.


2. Sedekah memberi keberkatan pada harta

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Apa maksudnya bahawa kekayaannya tidak akan berkurang? Dalam Syarh Sahih Muslim, An Nawawi menjelaskan: "Para ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan di sini meliputi 2 hal: Pertama, harta itu diberkati dan dilindungi dari bahaya. Ia dapat dirasakan oleh pancaindera dan tabiat. Kedua, jika hakikatnya harta itu dikurangkan, maka pengurangan itu 'genap' dilindungi oleh ganjaran yang diperoleh, dan ganjaran ini berlipat kali ganda banyaknya."


3.   Terdapat pintu surga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.


“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

Ulasan

Catatan Popular