Top 3 apps untuk BBNU!

Instagram

Tipulah kalau korang takde akaun IG, mesti selalu share ootd dengan gambar makanan kan? Ini sememangnya apps untuk orang yang suka dengan gambar dan video. Dilancarkan pada 2010, apps ini mendapat perhatian seramai lebih 1 billion pengguna. Rekod pengikut paling ramai didominasi oleh Cristiano Ronaldo dengan jumlah 353 juta. Tapi tahukah anda, Malaya Grill juga ada akaun Instagram (@malayagrillofficial) dan penting sangat untuk anda mendapat info mengenai promosi, menu baru dan event. Jadi boleh la follow ramai ramai IG nii! Spam DM pun takde hal!


Facebook

Okay mungkin sesetengah dari korang yang fikir apps ni dah tak relevankan? Tapi ini antara apps yang terawal dilancarkan dan mendapat perhatian ramai. Orang orang muda pun ramai je dalam ni, ada yang  jual barang, kongsi pengalaman, tanya masalah dan macam macam lagi di Facebook. Malaya Grill pun dah ada lebih 26 ribu likers tau. Alhamdulillah berkat penyokong MG yang dari dulu tak henti bagi sokongan. Terima kasih semua!


Tiktok

Okay ni apps yang super trending seluruh dunia sekarang dan personally, Min pun banyak spent time dekat Tiktok ni berbanding apps lain. Banyak tau input menarik yang korang boleh dapat kat sini dan hiburan pun boleh tahan! Awal dulu Min pun agak skeptikal dengan content creators kat Tiktok ni sebab ramai yang berumur belasan tahun. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai golongan yang lebih profesional dah mula share knowledge mereka. Tau tau scroll sampai 2-3 jam hahaha. 

MG pun ada Tiktok jugak, dan selalu la kongsi mengenai restoran melalui video pendek dan lagu lagu yang viral. Mana nak kenal MG ni dengan cara yang lebih menghiburkan, boleh follow Tiktok @malayagrill. Ajak member member semua sekali!

  

Ulasan

Catatan Popular