RM100 nak makan macam kat hotel?
Nak makan mewah tapi dalam wallet ada RM100 je? Kat Malaya Grill korang boleh dapat 4 menu yang super premium dan memang berbaloi untuk korang yang teringin nak makan makanan arab.
- SELLOUT (2 PAX)
Daging kambing yang diperap dengan 13 rempah terpilih dan dihidangkan bersama pelbagai jenis sayuran memang antara menu yang menjadi pilihan pelanggan yang menginginkan menu yang light tapi mengenyangkan. Menu ni juga boleh dinikmati oleh 2 orang tau. Memang banyak portion yang kami bagi tau!
- SET TALAM AYAM (3 PAX)
Ini pula menu untuk 3-4 orang makan, set nasi arab ayam. Kami hidang dalam talam tau, portion jangan cakap lah, memang penuh satu talam tu. Ikut korang lah nak makan dalam talam atau nak makan dalam pinggan. Ayam yang kami bagi pun memang lembut dan juicy, yelah dah siap perap dengan rempah rahsia kan hehe
- SET TALAM KAMBING (2 PAX)
Dah biasa makan nasi arab, try lah nasi arab kambing. Menu ni sesuai dinikmati untuk mereka yang bawa pasangan untuk makan. Dalam couple set ni, kami bagi nasi arab, kambing beberapa slice, salatah dan kuah kari. Fuh memang kena lah makan time lunch nanti. Single jangan jealous okay hahaha
- SET TALAM SHANK (2 PAX)
Kambing pun dah biasa? Ini paling sedap Min rasa antara semua. Cuma kena tambah 90 sen la sebab harga dia RM 100.90. Shank yang lembut dan kaya dengan rempah ni memang sesuai sangat untuk korang yang tengah craving makan nasi arab. Makan shank tu macam makan ayam drumstick tau, just grab and enjoy your shank!
Ulasan