Semalam merupakan hari terakhir akauntan kami, berkhidmat disini. Walaupun hanya beberapa bulan sempat kenal dengan kak nor. tapi memang dah rapat macam family. Kak Nor ni boleh kata macam makcik kantin la kat sini, sebab setiap kali kak nor masuk office, mesti akan bawak makanan. Mana yang tak sempat breakfast tu, masuk je pantry mesti kak nor ajak makan. Kadang tu petang petang bila semua lemau, kak nor order aiskrim untuk semua staff kat office. FUHHH auto active semua orang hahaha!
Dalam pantry tu pun dah memang penuh dengan makanan hasil pemberian kak nor. Asal kak nor thumb print je mesti orang tunggu makanan apa yang kak nor bawak hahahaha! Min ingat nak mintak kak nor bukak kedai runcit la, sebab senang nak cari supplier makanan, tak pun bukak kantin, confirm ramai orang!
See you when we see you :)
Selamat bertugas di tempat yang baru 🥰
Semoga sentiasa dipeluk dengan rezeki yang melimpah ruah. Aminnn 🤲🏻
Kalau teringat kat team office, order jelah makanan untuk kami! Kami sentiasa terima dengan hati yang terbuka! HAHAHAH GURAUUU!!!! 😂
Ulasan