PEMERGIANMU BAGAI HILANG SEBELAH SAYAP

Ada satu hari sebelum ke hospital, seminggu sebelum abang chef meninggal. Kak syima singgah Malaya Grill. Kak Syima cakap pada abg chef, abang... tengok bangunan ni kita bangunkan bersama. Abg chef pandang bangunan yang tinggi tu, air mata mengalir.


Abg Chef bagitahu masa tu, "Kalau abang dah sihat, abang nak tengok staf buat kerja, abang nak ajar staf kitchen ilmu masak, nak staf semua buat kerja cekap.” Tunggu abang sihat sikit... itulah antara ayat-ayat terakhir abg chef.



Sungguh pemergian abang chef memang tak disangka, dan merupakan satu kehilangan yang besar buat family Kak Syima, mahupun family Malaya Grill. Terima kasih atas segala doa yang diberikan oleh kalian, semoga kita akan terus kuat dalam meneruskan perjuangan walaupun hilang sebelah sayap.

Al-Fatihah

Ulasan

Catatan Popular