MALAYA GRILL PERNAH JUAL GRILL RUMAH ?!
Itu lah first impression orang bila dengar nama Malaya Grill. Ada yang ingat Kak Syima buka bisnes jual grill rumah dulu. Tapi sebenarnya nama tu diambil sempena cara memasak iaitu grill yang digunakan disini. Kak Syima memang agak particular untuk pilih nama sesuatu perkara contohnya nama kedai dan Malaya Grill. Sampai pening lah kepala arwah Abang Chef hahaha. At the end, terhasil lah nama MALAYA GRILL dan dikomersialkan menggantikan nama KAMBING PANGGANG MALAYA.
Memang penting nama sesebuah perniagaan yang kita sedang jalankan. Malaya jugak diambil dari konsep restoran yang melahirkan peluang pekerjaan untuk anak melayu. Konsep disini juga lain dengan restoran lain. Semua staf lelaki di restoran digalakkan untuk pakai tanjak bagi menghidupkan budaya Melayu kita yang hampir pupus ditelan zaman.
Ulasan