𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛, 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗗𝗔


Mungkin ramai yang tak tahu atau tak pasti tentang proses aqiqah, lagi-lagi tentang berapa ekor yang perlu disembelih untuk anak perempuan dan lelaki..
Disunatkan untuk 2 ekor kambing bagi anak lelaki, dan 1 ekor kambing untuk anak perempuan namun jika tidak berkemampuan, cukuplah sekadar 1 ekor sahaja buat keduanya...
Islam ini mudah, tiada paksaan namun jika berkemampuan tiadalah salah untuk buat berlebih sedikit tanda mensyukuri nikmat atas kurniaan yang Allah swt berikan...
.
.
Menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.





Ulasan

Catatan Popular