DUA KUNCI MENJADI PUNCA KEBERKATAN
Hari Khamis, kita dah bincangkan perihal Kunci Utama Adalah Solat.
Hari Jumaat, kita dah pon bercakap mengenai Kunci Kedua Adalah Pahala.
APAKAH KESIMPULAN DENGAN BERPEGANGKAN DUA KUNCI TERSEBUT.
Suka ataupun tidak, tidak dapat dinafikan bahawa dua kunci tersebut menjadi punca kepada KEBERKATAN.
Apakah lengkapnya SOLAT tanpa PAHALA? Mestilah kena dapatkan, lumrah dalam hidup siapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran pahala. Jadi bagaimana nak dapatkan pahala? Dengan solatlah, awal waktu, berjemaah, ganjarannya 27 kali ganda lagi besar dari solat berseorangan.
Macam mana pula PAHALA tanpa SOLAT? Mesti pelik kan sebab solat itu merupakan simbolik kepada kebaikan, kalau solat pun kita tak jaga, layak kah kita untuk mendapat pahala amalan yang lain? Kalau solat sekalipun tidak terjaga, jangan pernah berharap walau sebesar Zarrah, kebaikan-kebaikan atau amalan lain diterima oleh Allah.
Maka dengan ini, apabila kebaikan itu yang kita lakukan, diselarikan dengan Solat yang menjadi kewajipan dalam setiap kehidupan umat Islam, maka dari dua kunci itulah amalan yang kita lakukan berbalik semula kepada Allah dan setelah Allah menerima amalan-amalan kita, nescaya Allah memberi KEBERKATAN dalam hidup, akan tetapi apabila Allah REDHA dengan apa yang kita buat di atas muka bumi ini, maka berkatlah seluruh kehidupan kita dari segala aspek dan sudut, In Syaa Allah.
Ulasan