HIDUPKAN SUNNAH, KONGSI NIKMAT
Hari jumaat yang penuh barakah ni, apa kata kalau kita makan bertalam dengan keluarga atau kawan-kawan kita. Masyaallah nikmatnya luarbiasa bahagia...
Ada hadis mengatakan : "Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu".
Inshaa Allah, ada keberkatan dalam makanan yang kita kongsikan itu. Dalam kita amalkan konsep bertalam, kita dah hidupkan sunnah Rasulullah saw dan terbina ukhwah kita. Wahh, seronoknya kan?!
Jika hari ni dah lama kita tak makan berkongsi satu talam bersama keluarga, Jom kita duduk dan amalkan makan bertalam dan hidupkan sunnah dalam kehidupan kita~
Semoga barakah berlimpahan buat anda semua!!!
Ulasan