LAMA TAPI TAK BERKARAT!

 Morning semua 😍


Ini Adam. Antara staf yang paling lama kerja di Malaya Grill. Dari start Malaya Grill bisnes kat rumah lagi Adam dah tolong awah chef buat kambing golek.


Bila restoran Malaya Grill buka tahun 2018, Adam antara orang terawal join dan setia bersama Malaya Grill sampai hari ni. Sekarang Adam dah jadi orang kanan Kak Syima.

Dari belum kahwin... sampai dah kawin.
Dari kurus jer... udah chuby sikit. Sikit jer🀣
Dari gaji 1000 aje... sekarang alhamdulillah. πŸ˜„
Banyak yang Adam lalui kat Malaya Grill ni. Abg chef dan kak syima bagitahu adam masa awal dulu.. kalau ko nak cari gaji tinggi, kerja selesa bukan kat Malaya Grill. Kat Malaya Grill ni kita kena berjuang dulu, insyaallah ada rezekinya. Yang penting kita kerja ikhlas.


Berkat kesabaran Adam kerja di Malaya Grill, Alhamdulillah rezeki Adam tak putus. Paling kak Syima bangga Adam dapat beli rumah tahun ni tanpa perlu bayar deposit. Syukur untuk Adam.
Terima kasih Adam atas kesetiaan bersama arwah abg chef, kak syima dan Malaya Grill. Terima kasih selalu jadi rujukan dan penaik semangat untuk semua team yang lain. Inilah yang dikatakan ‘dihormati kerana kesetiaan’... terus jadi yang terbaik Adam!!!!πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼😁

Ulasan

Catatan Popular