MENU SHANK DI MALAYA GRILL

MENU SHANK ADA DI MALAYA GRILL


Min nak throwback sikit tentang salah satu menu yang hangat di Malaya Grill nii!

2 tahun lepas masa PKP 1.0, Kak Syima dan arwah Abg Chef mula buat menu baru, iaitu NASI ARAB SHANK!

Tak sangka kegigihan arwah Abg Chef buat resepi Nasi Arab Shank dapat sambutan hangat. Seluruh KL Selangor order shank... masya Allah, tabarakallah..

Nasi Arab Shank di Malaya Grill juga pernah viral sampai lebih 150 shank terjual setiap hari. Masa ni jenuh juga arwah Abg Chef nak dapatkan shank sebab ada kala tak cukup stok. Ater sampai atuk pun cari shank!!! 😂



Mana taknya, shank ni isinya lembut sangat sonang nak makan, carik sikit isi daging senang je dia keluor! Eheheh...

Penggemar Nasi Arab shank ni kalau datang kedai, crew dan manager dah tahu dah diorang mesti order shank. Regular shank la kata orang. Sapa makan shank tak tengok orang tepi dah. Tambah di Malaya Grill kami ada set talam Shank untuk 4-5 orang makan bersama nasi arab. Yang ni one of menu yang famous juga. Kalau tengok diorang makan puas hati betul. Sebab portion besor bang...
😋😲






 

Ulasan

Catatan Popular