PAHALA ADALAH KUNCI KEDUA.

Pada hari-hari yang sebelumnya, kita ada bincangkan berkenaan KUNCI UTAMA ADALAH SOLAT. Pelbagai falsafah untuk cemerlang dalam hidup akan tetapi sebagai Islam, pegangan kita adalah berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah. Maka apa yang Allah S.W.T dan baginda Nabi Muhammad S.A.W sampaikan, bukan harus lagi tetapi WAJIB kita patuhi dan ikuti. Sami'na Wa Ato'na ( kami dengar dan kami taat ).

Berbaloikah meletakkan solat sebagai kunci utama dalam hidup?

YA. Jangan menafikan perkara yang termaktub di dalam pegangan setiap yang bernyawa. Ini adalah kerana sebagai umat Islam, atau mana-mana agama sekalipun, tidak ada amalan agama yang menghalang dari berbuat kebaikan, dan menggalakkan perbuatan jahat, TIDAK ADA. Semua agama mengajar umatnya supaya berbuat kebaikan.

Akan tetapi, kita fokus balik kepada pegangan kita, jika berlandaskan Al-Quran, Allah S.W.T telahpun berfirman :

" Barangsiapa yang berbuat kebaikan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan (sebesar biji dzarrah), niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula" .
( QS. Az-Zalzalah: 7-8 )

Maka sebagai manusia biasa kalau kita berfikir logik, bukankah berbuat kebaikan itu mendapat kunci kedua dalam kehidupan itu PAHALA? Sedar atau tidak selagi kita berbuat kebaikan kerana Allah, selagi itu kita akan mendapat pahala. Bukankah itu tujuan kita dalam hidup untuk mendapat pahala demi membina jambatan ke taman yang indahnya tidak mampu dibayangi? Sesungguhnya pahala juga yang akan ditimbang di Akhirat kelak, dan kebergantungan kita di mana Allah nak letak kita bergantung seberapa banyak dosa dan pahala yang kita kumpul.

Maka di sini, berbaloilah kita meletakkan asas dalam Islam sebagai kunci utama dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk membuat pahala dan bukan sahaja pahala itu dapat di mata sendiri, akan tetapi di mata orang lain, In Syaa Allah. Maka, kunci utama dalam hidup mengajar kita untuk membina kunci kedua di dalam hidup. Barakallahu Fi Walakum. 

Ulasan

Catatan Popular